Skip to main content

Singapura

Bekalan makanan laut di kedai cukup: Grace Fu

Singapura tidak menjangkakan kedai-kedai akan mengalami kekurangan bekalan makanan laut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan makanan laut di kedai cukup: Grace Fu

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 06:24PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 10:12PM

SINGAPURA: Singapura tidak menjangkakan kedai-kedai akan mengalami kekurangan bekalan makanan laut.

Ini meskipun bekalan terganggu buat sementara berikutan bertambahnya jumlah kes COVID-19 dalam kelompok yang dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu memberi jaminan itu semasa lawatannya ke sebuah gudang NTUC FairPrice siang tadi (18 Jul).

Cik Fu berkata pemerintah telah bertindak cepat, misalnya dengan memastikan Pelabuhan Perikanan Senoko boleh beroperasi.

Ia juga meminta sebahagian pemborong untuk membawa masuk lebih banyak makanan laut secara langsung melalui jalan darat atau laut atau mengeluarkan bekalan makanan laut beku mereka ke pasaran.

Pasar-pasar raya utama juga menokok bekalan untuk memenuhi permintaan dari para pelanggan pasar-pasar basah.

Cik Fu berkata sejak semalam (17 Jul) pihak berkuasa dengan pantas menggerakkan pilihan-pilihan yang lain.

Beliau menambah jika rakyat Singapura boleh meluaskan pilihan mereka, semua orang boleh mendapat makanan laut yang dikehendaki mereka.

Beliau menggesa semua orang ramai agar terus bertenang sambil memberi jaminan bekalan makanan laut mencukupi. 

Sumber : CNA/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita