Bekalan darah di SG mungkin capai "paras kritikal" semasa musim perayaan: SRC
Stok bekalan darah di Singapura mungkin merosot ke paras kritikal semasa perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ed Jones)
SINGAPURA: Stok bekalan darah di Singapura mungkin merosot ke paras kritikal semasa perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Akibatnya, pembedahan dan rawatan yang penting mungkin terpaksa ditangguhkan.
Palang Merah Singapura (SRC) merayu orang ramai untuk tampil menderma darah, memandangkan permintaan yang meningkat lebih cepat daripada bekalan sedia ada.
Keprihatinan ini mungkin memuncak sekiranya bekalan tidak bertambah apabila bank darah dibuka semula pada Jumaat (31 Jan).
Satu pek darah setengah liter boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
Sewaktu musim cuti, derma orang ramai adalah genting, kerana bank darah ditutup dan tiada derma dibuat, sedangkan permintaan kekal tinggi.
Maka itu, apabila ia dibuka semula pada Jumaat amat genting untuk menggantikan bekalan darah yang sudah digunakan.
"Keprihatinan utama kami adalah untuk mendapatkan penderma muda," kata Pengarah Kumpulan, Program Derma Darah SRC, Prakash Menon.
"Kami ada sekumpulan penderma tetap berusia 35 tahun dan ke atas. Tetapi tiba pada masanya, disebabkan usia atau masalah kesihatan mungkin menghalang mereka daripada terus menderma darah. Jadi kami harapkan penderma muda, tampil ke hadapan dan membantu,"katanya.
Darah jenis O paling diperlukan, kerana hampir separuh penduduk adalah daripada kumpulan jenis darah ini.
Darah yang didermakan hanya boleh disimpan selama 42 hari.
Jumlah besar penduduk yang ke luar negara pada musim perayaan juga boleh mengurangkan lagi bekalan darah,
kerana setelah mereka pulang, perlu menunggu tempoh sehingga empat bulan, sebelum boleh menderma darah.
Oleh itu, dalam usaha menambah stok bekalan dengan segera, SRC menganjurkan kempen derma darah selama dua hari di Northpoint City di Yishun bermula Jumaat.
Ia juga merancang untuk mempergiatkan usaha mendapatkan derma darah sepanjang tahun ini.

Sumber : CNA/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.