Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekalan ayam di Malaysia kembali stabil, lebihan boleh dieksport: Menteri Pertanian

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan ayam di Malaysia kembali stabil, lebihan boleh dieksport: Menteri Pertanian

Kebanyakan ayam diimport hiduphidup dari Malaysia dan kemudian disembelih serta dibekukan di Singapura. (Gambar: Mohd RASFAN/AFP)

KUALA LUMPUR: Setelah melalui satu tempoh di mana bekalan ayam di Malaysia terganggu, keadaan kembali stabil menyusuli langkah-langkah yang diambil kerajaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee pada Isnin (1 Ogos).

Beliau juga memberitahu Parlimen bahawa Malaysia, kini mempunyai bekalan berlebihan dan boleh mengeksport ayam ke negara lain.

Encik Kiandee berkata Malaysia menghadapi gangguan dalam pengeluaran ayam beberapa bulan lalu tetapi ia telah dapat diatasi dengan langkah-langkah dasar termasuk meningkatkan import dan menghentikan eksport.

"Langkah-langkah kini menyebabkan bekalan ayam yang berlebihan, mengakibatkan harganya jatuh di bawah harga siling yang ditetapkan kerajaan", tambah menteri itu.

“Buat masa ini, kami mampu menghasilkan 106 peratus daripada keperluan kami. Ini bermakna kita mempunyai kapasiti untuk mengeksport ayam dari negara kita.”

Kerajaan Malaysia pada 1 Jun melarang eksport sehingga 3.6 juta ayam sebulan dalam usaha menangani isu bekalan dan harga ayam di dalam negeri.

Larangan itu berkuat kuasa menyusuli aduan mengenai kekurangan bekalan dan harga ayam yang meningkat, dengan sesetengah peniaga menjual ayam pada harga melebihi harga siling untuk menampung kos mereka.

Kerajaan kemudian menetapkan harga siling RM9.40 (S$2.90) bagi setiap kilogram ayam bermula 1 Jul.

Langkah itu disusuli dengan gesaan penternak ayam agar menarik balik larangan eksport ke Singapura sebelum terlambat.
Dalam respons kepada larangan eksport itu, Singapura, yang mengimport sekitar sepertiga bekalan ayam dari Malaysia, mengumumkan ia akan membeli ayam dari negara lain, termasuk Indonesia dan Thailand.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan