Skip to main content

Singapura

Bekalan air SG tidak terjejas oleh tumpahan minyak, jelas PUB

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekalan air Singapura tidak terjejas oleh insiden tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang, dedah agensi air negara PUB pada Isnin (17 Jun).

"Tidak ada sebarang kesan pada kolam air tawar kami kerana tumpahan minyak itu dihadkan kepada kawasan pantai dan beberapa longkang yang terhubung ke pantai. Longkang tersebut adalah laluan untuk menyalurkan air hujan ke laut dan tidak dihubungkan dengan kolam air (reservoir) kami," tambah PUB.

Usaha pembersihan dan pembendungan sudah dijalankan sejak inisden tersebut berlaku pada petang Jumaat (14 Jun), apabila sebuah kapal pengorek bertembung dengan kapal tangki minyak di Terminal Pasir Panjang.

Minyak mula dikesan di beberapa pantai Singapura pada Sabtu (15 Jun), termasuk di pulau Sentosa dan Taman East Coast, yang menyebabkan pasir menjadi hitam dan mengeluarkan bau petrokimia ke udara.

PUB menyatakan tiada minyak dikesan berhampiran kawasan pengambilan air laut di Loji Penyahgaraman Pulau Jurong, yang paling dekat dengan lokasi tumpahan minyak.

"Bacaan air kekal biasa. Loji Penyahgaraman Marina East, yang berada berdekatan pantai, mempunyai dua mod untuk merawat air laut atau air dalam kolam. Kini, ia berada dalam mod 'kolam air' dan sedang merawat air daripada Kolam Air Marina," dedah agensi tersebut.

"Kami akan terus memantau mutu air laut dengan teliti untuk memastikan operasi kami tidak terjejas."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita