Skip to main content

Singapura

Bekalan air ke Singapura terganggu akibat pencemaran ammonia di Sungai Johor

Bekalan air ke Singapura terganggu setelah Johor River Waterworks yang dikendalikan PUB menghentikan operasi rawatan air kerana paras tinggi ammonia dalam sungai, kata agensi air kebangsaan Singapura pada Khamis (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan air ke Singapura terganggu akibat pencemaran ammonia di Sungai Johor

Paip air yang berjalan di sepanjang Causeway antara Singapura dengan Malaysia. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 11:20PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 11:28PM

SINGAPURA: Bekalan air ke Singapura terganggu setelah Johor River Waterworks yang dikendalikan PUB menghentikan operasi rawatan air kerana paras tinggi ammonia dalam sungai, kata agensi air kebangsaan Singapura pada Khamis (4 Apr).

Seorang jurucakap berkata: "Pengurusan bekalan air PUB di Johor, Johor River Waterworks (JRWW) menghentikan operasi rawatan dari petang tadi disebabkan paras tinggi ammonia dalam Sungai Johor.

"Pemberhentian operasi rawatan di JRWW mengganggu bekalan air ke Singapura dan beberapa bahagian Johor. Bekalan air di Singapura tidak terjejas kerana PUB meningkatkan penghasilan di loji-loji penyulingan dan bekalan air tempatan untuk memenuhi permintaan."

"PUB sedang memantau dengan teliti mutu air mentah di Sungai Johor dan akan menyambung pengalihan dan rawatan air mentah bila mutu air sesuai." 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita