Beduk & kentung Masjid Darul Aman antara artifak dipamer di Muzium Tamadun Asia

Beduk yang biasanya digunakan untuk menandakan masuk waktu solat (Gambar: ACM)
BERITAmediacorp: Muzium Tamadun Asia (ACM) berganding bahu dengan pelbagai rakan masyarakat, termasuk Masjid Darul Aman, sebagai sebahagian pameran pelbagai agamanya 'Body & Spirit: The Human Body in Thought and Practice'.
Menampilkan lebih 100 artifak daripada pelbagai masyarakat beragama berbeza di Singapura, pameran itu meneroka kesejahteraan dan kebersatuan tunuh, rohani dan minda menerusi pameran seni keagamaan dan adat, menurut kenyataan yang dikeluarkan ACM pada Jumaat (27 Jan).
Ia menarik perhatian kepada seni ritual dan keagamaan pelbagai kepercayaan dan agama dari merata Asia untuk menunjukkan cara kita memahami identiti diri dari segi duniawi dan ukhrawi.
Para pengunjung dibawa melalui perjalanan untuk merenungkan bagaimana minda, tubuh dan kerohanian kita semuanya berkait.
Antara artifak yang dipamerkan termasuk sumbangan Masjid Darul Aman, iaitu beduk dan kentung, yang biasanya digunakan untuk menandakan masuk waktu solat untuk mengajak jemaah ke masjid.
Masjid Darul Aman merupakan satu-satunya masjid yang masih meneruskan tradisi ini.
Pameran itu dibuka dari pukul 10.00 pagi setiap hari dan ditutup pada pukul malam pagi dari Isnin hingga khamis, manakala pada Jumaat, dibuka sehingga pukul 9.00 malam.
Ia berlangsung sehingga 26 Mac 2023 dan tiket boleh dibeli menerusi laman ACM.
Khas sempena sambutan Tahun Baru Cina, rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) boleh menikmati potongan harga 50 peratus bagi tiket masuk pameran 'Body & Spirit: The Human Body in Thought & Practice' mulai 15 Januari hingga 15 Februari 2023.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.