Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa pekerja asing akan ditempatkan di dewan ActiveSG: SportSG

Beberapa pekerja asing akan ditempatkan dalam kemudahan sukan yang ditutup sementara sebagai sebahagian daripada langkah "pemutus rantaian" jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa pekerja asing akan ditempatkan di dewan ActiveSG: SportSG

Dewan sukan ActiveSG di Hougang (Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 05:53PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 05:56PM

SINGAPURA: Beberapa pekerja asing akan ditempatkan dalam kemudahan sukan yang ditutup sementara sebagai sebahagian daripada langkah "pemutus rantaian" jangkitan COVID-19.

Langkah itu akan membantu menangani "keperluan mendesak" untuk menyediakan tempat tinggal alternatif kepada pekerja asing yang sihat dalam sektor perkhidmatan penting, menurut Sport Singapore (SportSG) pada Jumaat (17 Apr).

"Pemerintah sedang bekerjasama dengan majikan untuk melakukan penyesuaian berdasarkan situasi COVID-19 yang berkembang dengan pantas, dan bagi memenuhi keperluan pekerja asing yang terjejas oleh situasi tersebut," menurut SportSG.

Mulai Jumaat (17 Apr), pekerja asing yang tidak mengalami simptom COVID-19 akan ditempatkan secara bertahap-tahap di dewan sukan ActiveSG di Pasir Ris, Jurong West, Clementi dan Hougang.

"Protokol ketat akan dikuatkuasakan bagi menguruskan kemasukan pekerja dan kehadiran mereka di pusat-pusat sukan tersebut," ujar SportSG.

Ia menambah: "Bersama-sama dengan agensi-agensi Pemerintah yang lain, kami akan memastikan keselamatan pekerja asing, kakitangan kami dan penduduk di kawasan kejiranan berhampiran."

Jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di dormitori melonjak sejak beberapa hari kebelakangan ini. Lebih daripada 2,600 kes daripada 4,427 kes jangkitan disahkan di Singapura setakat hari Khamis terkait dengan pekerja asing.

Jumlah dormitori yang mempunyai kes COVID-19 juga bertambah kepada lebih daripada 25, sementara 12 dormitori diisytiharkan sebagai zon pengasingan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan