Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa pasar raya tawar diskaun bagi telur susuli kenaikan harga

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2022 08:12PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 08:59PM

SINGAPURA: Dengan harga telur semakin meningkat, beberapa pasar raya mengambil langkah untuk mengurangkan kesannya terhadap para pelanggan, dengan menawarkan potongan harga sehingga 55 sen.

Sungguhpun demikian, para peniaga makanan dan minuman yang bergantung kepada telur sebagai bahan asas mengalami cabaran - sama ada berisiko kehilangan pelanggan atau menyerap kenaikan kos itu dan meraih keuntungan yang lebih rendah. 

Beberapa pasar raya di sini memotong harga bagi dulang besar biji telur yang dijualnya. 

Mulai esok (21 Apr), pasar raya Prime misalnya akan menjual sedulang 30 biji telur jenama syarikatnya pada harga lebih rendah - S$6.90. 

Ia juga sedang berusaha untuk memastikan bekalan yang mencukupi agar potongan harga akan dapat ditawarkan lebih daripada seminggu. 

Pasar raya NTUC FairPrice menjadi yang pertama untuk menawarkan diskaun istimewa itu. 

Para pelanggannya kini boleh membeli satu dulang telur jenamanya sendiri, yang mengandungi 30 biji telur pada harga $6.95. 

Namun, setiap pelanggan hanya dihadkan kepada dua dulang telur. 

Potongan harga itu ditawarkan menyusuli kenaikan harga pada telur yang dijual di FairPrice, sehingga mencecah $7.50 pada minggu ini. 

FairPrice menyatakan, gangguan pada bekalan di ladang-ladang tempatan adalah antara punca kenaikan harga telur itu.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan