Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa langkah diambil sokong industri permainan video, e-sukan: Chan Chun Sing

Singapura melaksanakan beberapa langkah untuk menyokong syarikat-syarikat baru dan syarikat-syarikat dalam industri e-sukan dan permainan video yang kini pesat berkembang dan terbukti berjaya seperti Razer, Sea dan Secretlab.

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa langkah diambil sokong industri permainan video, e-sukan: Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Perushaaan Chan Chun Sing berucap di Parlimen.

Diterbitkan : 04 Sep 2019 11:09PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 11:14PM

SINGAPURA: Singapura melaksanakan beberapa langkah untuk menyokong syarikat-syarikat baru dan syarikat-syarikat dalam industri e-sukan dan permainan video yang kini pesat berkembang dan terbukti berjaya seperti Razer, Sea dan Secretlab, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Rabu (4 Sep).

Langkah-langkah sokongan kewangan dan bukan kewangan disediakan, bertujuan membantu syarikat-syarikat berkembang. Pemerintah juga mempunyai rancangan untuk memupuk sumber bakat yang menyeluruh dan ekosistem yang bertenaga di Singapura, menurut Encik Chan.

Pemerintah juga sedang berusaha untuk membangunkan "perkongsian minda antarabangsa" kata Encik Chan, dengan menghoskan edisi Asia pertama gamescom - pesta permainan terbesar di dunia tahun depan.

Encik Chan menggariskan langkah-langkah itu di Parlimen, sebagai respons kepada soalan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leon Perera.

Encik Perera telah bertanya mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menggalak syarikat pemula dan bakat tempatan dalam kedua-dua industri itu, serta hasil daripada usaha-usaha itu.

Di tengah-tengah pertumbuhan yang pesat, industri-industri permainan video dan e-sukan meraih pendapatan lebih AS$140 bilion (S$194 bilion) secara global tahun lalu. Hampir separuh daripadanya adalah dari Asia-Pasifik, menurut Encik Chan.

Pembangunan dan pengedaran permainan video di Singapura menyumbang hasil sebanyak S$1.95 bilion pada 2017.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan