Skip to main content

Singapura

Beberapa khidmat bas dilanjutkan dengan penutupan awal stesen MRT pada Ogos, September

Tempoh operasi lima khidmat bas SBS Transit akan dilanjutkan pada hari-hari tertentu pada Ogos dan September ini

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa khidmat bas dilanjutkan dengan penutupan awal stesen MRT pada Ogos, September

(Gambar: Ernest Chua/TODAY)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 06:56PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 06:59PM

SINGAPURA: Tempoh operasi lima khidmat bas SBS Transit akan dilanjutkan pada hari-hari tertentu pada Ogos dan September ini. Khidmat itu disediakan kepada para penumpang yang terjejas oleh penutupan awal beberapa stesen MRT di Laluan Timur Barat (EWL) dan Utara Selatan (NSL).

Dalam satu kenyataan media hari ini (30 jul), SBS Transit menyatakan bahawa tempoh operasi bagi khidmat bas 181, 240, 241, 243G dan 51A akan dilanjutkan sehingga 1.30 pagi pada hari-hari Jumaat dan Sabtu tertentu, sepanjang dua bulan itu.

Tempoh khidmat bas-bas tersebut bagaimanapun tidak dilanjutkan pada hujung minggu Hari Kebangsaan dan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 10, 11, 17 dan 18 Ogos dan hujung minggu Perlumbaan F1 pada 14 dan 15 September.

Pengendali kereta api SMRT mengumumkan awal bulan ini bahawa sebanyak tujuh stesen EWL dan tiga stesen NSL akan ditutup lebih awal pada hari-hari Jumaat dan Sabtu tertentu dan dibuka lebih lewat pada beberapa hari Sabtu dan Ahad, dari Ogos hingga September ini untuk memudahkan kerja-kerja penyenggaraan landasan.

Stesen-stesen terjejas itu dari Dover hingga Pioneer dan dari Bukit Gombak ke Jurong East akan ditutup lebih awal pada sekitar 11.00 malam bagi hari-hari Jumaat dan Sabtu tertentu dan dibuka lebih lewat pada sekitar 8.00 pagi pada hari-hari Sabtu dan Ahad tertentu.

Aturan perjalanan alternatif diumumkan SMRT, termasuk bas ulang-alik antara stesen-stesen Buona Vista dengan Joo Koon dan antara Choa Chu Kang dengan Jurong East. Sebuah khidmat bas ekspres juga disediakan untuk menghubungkan pusat-pusat pengangkutan utama di sepanjang EWL yang terjejas.

SMRT sudahpun melaksanakan penutupan awal dan pembukaan lewat stesen-stesen di NSEWL sejak Disember 2017 bagi memudahkan ujian sistem isyarat Kawalan Kereta Api Berasaskan Komunikasi yang baru di EWL yang sudah digunakan sejak 28 Mei 2018. 

Related article image
Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita