Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa jalan raya ditutup pada 23 Jul; mudahkan acara pratonton pertama NDP 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa jalan raya akan ditutup kepada kenderaan pada Sabtu (23 Jul) untuk memudahkan acara pratonton pertama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay.

Kelengahan lalu lintas dijangkakan di Raffles Avenue, Temasek Avenue, Bayfront Avenue, Raffles Boulevard, Republic Boulevard, Robinson Road, Cecil Street, Collyer Quay dan Nicoll Highway.

Polis menggesa orang awam supaya menaiki pengangkutan awam sekiranya mereka ingin menuju ke tempat-tempat berkenaan.

Sewaktu penutupan jalan raya, akses hanya akan diberikan kepada kenderaan yang dibenarkan selain kenderaan polis dan kenderaan kecemasan.

"Pegawai polis tambahan dan marshal Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dikerahkan ke persimpangan yang terjejas untuk membantu serta memberikan panduan arah kepada pemandu," menurut polis dalam kenyataan medianya pada Rabu (20 Jul).

Pemandu yang membuat perjalanan ke Suntec City dan Marina Square dari Raffles Avenue, Raffles Boulevard serta Bayfront Avenue harus menggunakan laluan alternatif melalui Nicoll Highway atau Rochor Road yang menghala ke Temasek Boulevard.

Sekatan meletak kenderaan di jalan raya yang terjejas akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan yang didapati diletakkan secara haram atau menyebabkan hadangan akan ditunda, menurut polis.

Polis menambah bahawa sewaktu acara pratonton NDP diadakan, orang awam harus mengelak daripada melakukan aktiviti udara seperti menerbangkan pesawat tanpa pemandu, bermain layang-layang atau menaikkan belon tambatan di kawasan berkenaan.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan