Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa jalan raya di sekitar kawasan Marina Centre, Padang ditutup pada minggu F1

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Sep 2023 02:21PM Dikemas Kini : 08 Sep 2023 09:52PM
SINGAPURA: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan Marina Centre dan Padang akan ditutup dari 13 September hingga 19 September bagi Grand Prix Formula 1 Singapura.

Jalan-jalan raya yang terjejas akan ditutup secara berperingkat dari pukul 12.01 pagi pada 13 September untuk membolehkan pihak penganjur memasang struktur perlumbaan.

Jalan-jalan raya itu kemudian boleh dilalui sepenuhnya menjelang pukul 5.30 pagi pada 19 September, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (8 Sep).

Perlumbaan malam tahun ini yang berlangsung dari 15 September hingga 17 September dijangka menarik sekitar 250,000 penonton. Ia juga akan menampilkan pelbagai kegiatan lain termasuk barisan hiburan.

Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam dan merancang perjalanan mereka, tambah LTA.

Untuk memudahkan trafik pada waktu sibuk sebelah pagi dan petang semasa tempoh itu, beberapa jalan raya berikut akan dibuka pada waktu-waktu tertentu:

13 SEP DAN 14 SEP (5.30 pagi hingga 10.00 pagi)
  • Menghala ke Orchard Road (Collyer Quay ke St Andrew's Road ke Stamford Road)
  • Menghala ke Shenton Way (Nicoll Highway ke Esplanade Drive/Stamford Road)
  • Menghala ke Marina Boulevard (Republic Boulevard ke Raffles Avenue ke Bayfront Avenue)
15 SEP (5.30 pagi hingga 10.00 pagi)
  • Menghala ke Orchard Road (Collyer Quay ke St Andrew's Road ke Stamford Road)
  • Menghala ke Shenton Way (Nicoll Highway ke Esplanade Drive/Stamford Road)

18 SEP (5.30 pagi hingga 10.00 pagi)

  • Menghala ke Shenton Way (Nicoll Highway ke Esplanade Drive)
  • Menghala ke Shenton Way (Bras Basah Road ke Nicoll Highway ke Esplanade Drive)
  • Menghala ke ECP Changi Airport (Bras Basah Road ke Raffles Boulevard ke Republic Boulevard)
  • Menghala ke Marina Boulevard (Raffles Boulevard ke Temasek Avenue to Bayfront Avenue)

18 SEP (5.30 pagi hingga 8.30 malam)

  • Menghala ke Shenton Way (Nicoll Highway ke Esplanade Drive/Stamford Road)
  • Menghala ke Shenton Way (Bras Basah Road ke Nicoll Highway ke Esplanade Drive)
  • Menghala ke Orchard Road (Esplanade Drive ke Nicoll Highway/Stamford Drive)
  • Menghala ke ECP Changi Airport (Bras Basah Road ke Raffles Boulevard ke Republic Boulevard)
  • Menghala ke ECP Changi Airport (Bayfront Avenue ke Temasek Avenue ke Raffles Boulevard)
  • Menghala ke Marina Boulevard (Raffles Boulevard ke Temasek Avenue ke Bayfront Avenue)
Kurangkan Artikel
Sepanjang hujung minggu perlumbaan, pengguna jalan raya boleh masuk ke kawasan Marina Centre menerusi satu lorong di Raffles Boulevard melalui Nicoll Highway atau Temasek Boulevard dari pukul 12.00 tengah malam hingga 1.00 tengah hari.

Bas dan kenderaan dengan nombor plat W, X dan Y tidak dibenarkan masuk.

Teksi dan motosikal juga boleh menggunakan lorong tersebut pada setiap masa, kecuali semasa perlumbaan sedang berlangsung.

Sekalipun demikian, sekiranya trafik sesak, kebenaran masuk ke jalan-jalan itu akan disekat, kecuali bagi kenderaan polis, kecemasan dan kenderaan dengan pas yang sah, menurut LTA.

Warden trafik juga akan dikerahkan untuk mengarahkan laluan trafik dan membantu orang awam.

Selain maklumat jalan raya itu, papan tanda arah akan diletakkan di tempat yang jelas di kawasan-kawasan tersebut, menurut LTA lagi.

Tempat meletak kereta di Suntec City, Millenia Walk dan Marina Square kekal dibuka kepada umum, tertakluk kepada tempat yang ada.

Risalah-risalah mengenai akses dan aturan pengangkutan awam juga sedia ada di lokasi-lokasi utama pengangkutan awam, bangunan-bangunan di kawasan Marina Square dan stesen-stesen minyak tertentu.

Lebih banyak maklumat pengangkutan boleh diperolehi di laman One Motoring.

Perincian mengenai akses ke kawasan litar F1 serta jadual perlumbaan juga boleh diperolehi online.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan