Skip to main content

Singapura

Beberapa batang pokok tumbang akibat angin kencang, hujan lebat

Beberapa batang pokok tumbang akibat tiupan angin kencang dan hujan lebat di Singapura pada Rabu (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa batang pokok tumbang akibat angin kencang, hujan lebat

Beberapa batang pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat. (Gambar-Gambar: Johannes Tjendro)

Diterbitkan : 09 May 2019 11:23AM Dikemas Kini : 09 May 2019 11:34AM

SINGAPURA: Beberapa batang pokok tumbang akibat tiupan angin kencang dan hujan lebat di Singapura pada Rabu (8 Mei).

Anggota Parlimen Fengshan, Cheryl Chan, berkongsi gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan sebatang pokok tumbang di Blok 116 Bedok North Road.

"Beberapa batang pokok dilaporkan tumbang akibat hujan lebat dan tiupan angin kencang pagi tadi (8 Mei)," kata Cik Chan.

"Majlis Bandaran sedang berusaha mengalihkan pokok-pokok yang tumbang. Saya meminta para penduduk supaya menjauhi kawasan-kawasan itu dan sila hubungi Majlis Bandaran bagi mendapatkan bantuan jika anda ternampak pokok-pokok tumbang di kawasan anda."

Sementara itu, sebatang pokok yang tumbang dilaporkan menyebabkan kesesakan jalan raya selama lebih sejam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas sebelum Eng Neo Avenue pada sebelah pagi Rabu (8 Mei).

Para pekerja juga dilihat mengalihkan sebatang pokok yang tumbang di Portsdown Road pada petang semalam. Sebilangan pokok dan dahan juga dilaporkan di bahagian timur Singapura.

Beberapa batang pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat. (Gambar-Gambar: Johannes Tjendro)

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Jabatan Meteorologi Singapura (MSS) menyatakan bahawa cuaca hujan lebat itu disebabkan tiupan angin kencang dari Sumatera bergerak ke arah Selat Melaka pada Selasa (7 Mei) malam "akibat penumpuan aliran udara yang kuat di rantau ini".

MSS juga menarik perhatian mengenai berlakunya "petir kuat" di bahagian selatan dan barat Singapura.

Pada bulan lalu, MSS menyatakan cuaca hujan berserta guruh di samping tiupan angin kencang boleh dijangkakan untuk tiga hingga lima hari pada minggu kedua Mei. 

Cuaca panas juga boleh dijangkakan memandangkan Mei adalah salah satu bulan paling panas.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita