Skip to main content

Singapura

Beberapa bahagian Marine Parade termasuk Still Road South banjir akibat paip air rosak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Paip air yang rosak menyebabkan banjir di beberapa bahagian Marine Parade, termasuk Marine Drive dan Still Road South, pada pagi Jumaat (4 Okt).

Pada sekitar pukul 11.40 pagi, paip air rosak semasa kerja-kerja memasang semula lif di jambatan atas pejalan kaki berhampiran Blok 67 Marine Drive, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade Dr Tan See Leng dalam catatan Facebooknya.

Ini menyebabkan air mengalir ke Still Road South dan blok-blok HDB sekitarnya, tambah Dr Tan.

"Paip air yang rosak telah diasingkan dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Tiada gangguan pada bekalan air ke unit-unit kediaman yang terletak berhampiran," kata Dr Tan, yang juga Menteri Tenaga Manusia.

"Kakitangan di Marine Parade (Balai Rakyat) sedang memulihkan perkhidmatan kaunter, kerana laluan ke pejabat sementara sebelum ini tidak boleh dilalui."

Ketika Mediacorp tiba di tempat kejadian pada pukul 3.30 petang, para pekerja kelihatan sedang membersihkan air banjir berhampiran Blok 67 Marine Drive.
Pekerja membersihkan air banjir di Blok 67 Marine Drive pada 4 Okt 2024. (Gambar: Alvin Chong/CNA)
Banjir di sekitar Blok 67 Marine Drive pada 4 Okt 2024. (Gambar: Alvin Chong/CNA)
Dr Tan berkata, kontraktor dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bekerjasama dengan Majlis Bandaran Marine Parade untuk membersihkan kawasan-kawasan terjejas, dengan tujuan menyelesaikan usaha pembersihan sebelum petang Jumaat.

"Jika anda berada di sekitar kawasan itu, sila berhati-hati," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita