Beberapa arahan pembetulan POFMA dikeluarkan berhubung dakwaan palsu virus Wuhan
Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) menyatakan, beberapa arahan pembetulan sudah dikeluarkan terhadap dakwaan palsu mengenai keadaan virus korona di negara ini.
SINGAPURA: Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) menyatakan, beberapa arahan pembetulan sudah dikeluarkan terhadap dakwaan palsu mengenai keadaan virus korona di negara ini.
Satu rencana di laman web, AB-TC City News mendakwa bahawa lima rakyat Singapura dijangkiti virus itu meskipun mereka tidak melakukan perjalanan ke China.
Laman berita alternatif, States Times Review, pula mendakwa bahawa Singapura kehabisan bekalan pelitup.
Menerusi laman pemeriksaan faktanya, Factually, pemerintah menyatakan kedua-dua dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Pemerintah menambah sejauh ini, tidak ada penularan berlaku dalam kalangan penduduk tempatan dan Singapura belum kehabisan bekalan pelitup.
Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sudah mengarahkan Pejabat POFMA, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran undang-undang, agar mengeluarkan arahan pembetulan terhadap AB-TC City News.
Arahan tersebut memerlukan laman itu melampirkan notis pembetulan bersebelahan rencana itu, menurut Pejabat POFMA dalam satu kenyataan pada Jumaat (31 Jan).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.