Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beban hutang ditanggung isi rumah di SG kekal pada tahap "sihat", kata Alvin Tan

Anggaran Waktu Membaca:
Beban hutang ditanggung isi rumah di SG kekal pada tahap "sihat", kata Alvin Tan

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Beban hutang yang ditanggung isi rumah di Singapura kekal pada tahap "sihat" di tengah-tengah kenaikan kaedah faedah.

Jumlah pinjaman perumahan yang tidak dilunaskan dalam kalangan institusi-institusi kewangan, juga masih rendah.

Demikian didedahkan Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan di Parlimen pada Khamis (20 Okt).

Encik Tan yang juga merupakan anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata, isi rumah yang masih menanggung hutang gadai janji akan berdepan dengan kos pinjaman lebih tinggi sedang kadar faedah pasaran meningkat, selepas kekal rendah sepanjang 10 tahun lalu.

"Namun, kesan kenaikan itu akan dirasai pada tempoh masa yang berlainan ... dan ini juga bergantung kepada jenis pakej pinjaman yang mereka ambil," tambah Encik Tan.
 
Menurutnya, setakat suku kedua tahun ini, sepertiga pemilik rumah yang mengambil pinjaman gadai janji daripada institusi-institusi kewangan, menerima pakej pinjaman yang seiring dengan kadar faedah pasaran.

Mereka perlu membuat bayaran balik lebih tinggi sejak bulan-bulan lalu.

Baki sepertiga lagi pemilik rumah mengambil pinjaman gadai janji rumah pada kadar tetap atau pakej pinjaman dengan kadar yang dikaitkan dengan kadar simpanan tetap.

MAS tidak menjangkakan banyak hartanah dirampas kerana gagal melunaskan bayaran gadai janji dalam jangka pertengahan, sambil menarik perhatian bahawa bilangan hartanah yang dirampas semakin merosot sejak 2021.

Tambah beliau, jumlahnya kurang daripada 30 rumah sepanjang tahun ini.

Menurut Encik Tan, ini sebahagiannya mencerminkan langkah-langkah yang dikuatkuasakan pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu dalam menghadkan jumlah pinjaman untuk membeli hartanah, termasuk langkah meredakan pasaran hartanah baru-baru ini seperti mengetatkan had pinjaman dan memperkenalkan tempoh menunggu 15 bulan bagi pemilik rumah privet yang ingin membeli flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Menjawab pertanyaan parlimen yang berasingan, Encik Tan berkata pendapatan korporat terus meningkat, manakala jumlah pinjaman korporat yang tidak dilunaskan turun kepada 2.5 peratus pada Jun, daripada 3.1 peratus setahun lalu.

Nisbah bagi pinjaman yang tidak dilunaskan dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SME) turut berkurangan daripada 2.8 peratus kepada 2.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan