BCA lancarkan program baru dan penilaian bagi 'Super Low Energy' untuk bangunan komersil
Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Rabu (5 Sep) melancarkan Program Super Low Energy (Tenaga Amat Rendah) dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan-bangunan komersil.
SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Rabu (5 Sep), melancarkan Program Super Low Energy (Tenaga Amat Rendah) dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan-bangunan komersil.
Di bawah program tersebut, BCA memperkenalkan satu piawaian baru untuk mengiktiraf bangunan-bangunan yang sudah mencapai status Tenaga Amat Rendah atau Sifar Tenaga.
Green Mark (GM) yang baru itu adalah rangkaian kerja pensijilan sukarela SLE yang memberikan pengiktirafan serta penilaian Green Mark.
Sebagai contoh, sebuah bangunan yang meraih GM Platinum dan GM SLE akan diberikan Tanda Hijau Platinum atau Green Mark Platinum (Super Low Energy).
Bagi mencapai status Super Low Energy, bangunan-bangunan mesti menjimatkan tenaga sebanyak sekurang-kurangnya 60 peratus dengan menggunakan langkah-langkah yang cekap tenaga dan tenaga yang boleh digunakan semula berdasarkan kod bangunan 2005.
Untuk mencapai status Sifar Tenaga, bangunan-bangunan diperlukan untuk mengguna tenaga yang boleh diperbaharui semula untuk menjana lebih 100 peratus tenaga yang diperlukan untuk menjalankan operasi bangunan.
Para pemaju awam dan privet sudah bersetuju untuk menyasarkan GM SLE bagi hampir 20 projek, menurut BCA dalam satu kenyataan media.
Kedua-dua bangunan di Kranji dan kem Seletar kini berada di tahap yang baik untuk meraih status Bangunan Sifar Tenaga, menurut BCA.
Agensi Pertahanan Sains dan Teknologi sudah bekerjasama dengan pihak Tentera untuk meraih piawaian cekap tenaga yang tinggi di bangunan-bangunan kemudahan di kedua-dua kem, sekali gus membolehkan bangunan-bangunan tersebut untuk menjimatkan hampir 540 MWh bekalan elektrik setahun, yang sejajar dengan penggunaan elektrik dalam setahun bagi sekitar 116 flat HDB 4-bilik, menurut BCA.
Program SLE tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di perasmian Minggu Bangunan Hijau Singapura. Program itu juga meliputi cabaran oleh SLE untuk mengalu-alukan para pemaju supaya menerajui usaha untuk membangunkan bangunan-bangunan SLE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.