Skip to main content

Singapura

BCA lancar geran terbuka pertama dalam kajian dan pengembangan robotik

Geran terbuka pertama dalam bidang kajian dan pengembangan robotik bagi sektor persekitaran terbina dilancarkan hari ini (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
BCA lancar geran terbuka pertama dalam kajian dan pengembangan robotik
Diterbitkan : 01 Nov 2018 06:50PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 06:55PM

SINGAPURA: Geran terbuka pertama dalam bidang kajian dan pengembangan robotik bagi sektor persekitaran terbina dilancarkan hari ini (1 Nov).

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) melancarkan inisiatif itu di pameran Robotik Antarabangsa Singapura.

Menerusi geran itu, BCA berharap dapat mengumpulkan saranan-saranan yang boleh membantu mengubah dan meningkatkan daya penghasilan sektor itu.

Tahun lalu jumlah rekod 4,400 robot perindustrian dipasang di Singapura iaitu lonjakan sekitar 72 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam tempoh yang sama, jumlah syarikat kecil dan sederhana SME dalam sektor pengilangan yang menggunakan robot dan automasi mencecah 300 iaitu satu jumlah rekod.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perushaaan Dr Koh Poh Koon berkata, robotik kini menjadi pemangkin bagi transformasi industri dan meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Pemerintah berharap dapat menggalakkan sektor-sektor lain termasuk persekitaran terbina, beralih kepada penggunaan robot dan automasi.

Permohonan bagi geran baru itu ditutup pada 11 Januari depan. 

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita