BCA bakal lantik CEO baharu
Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan mempunyai ketua eksekutif baharu, dengan Encik Derek Tan dari Kementerian Pembangunan Negara (MND) menggantikan Encik Kelvin Wong lewat tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan mempunyai ketua eksekutif baharu, dengan Encik Derek Tan dari Kementerian Pembangunan Negara (MND) menggantikan Encik Kelvin Wong lewat tahun ini.
Encik Tan akan dilantik sebagai bakal CEO berkuat kuasa 1 April dan akan memegang sepenuhnya jawatan tersebut mulai 1 Mei, menurut MND dan BCA dalam kenyataan media bersama pada Jumaat (6 Mac).
Beliau sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama hampir 27 tahun merentasi pelbagai portfolio di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta MND.
Dalam peranannya sekarang sebagai pengarah eksekutif perancangan dan ketua pegawai perancangan infrastruktur MND, Encik Tan menerajui usaha transformasi dalam sektor utiliti bawah tanah Singapura, serta bekerjasama rapat dengan BCA dan Lembaga Taman Negara (NParks) berhubung dasar dan inisiatif strategik.
Beliau sebelum ini merupakan pengarah kumpulan tugas khas bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), CEO pengasas EV-electric Charging, serta pengarah kumpulan pengurusan perumahan HDB.
“Pengalaman luas Encik Tan serta kefahamannya berhubung sektor persekitaran binaan meletakkan beliau pada kedudukan yang baik bagi pelantikan baharunya sebagai CEO,” menurut MND dan BCA.
TEMPOH KHIDMAT ENCIK WONG DI BCA
Encik Wong dilantik sebagai CEO BCA pada November 2020, dan pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).
Encik Wong memainkan peranan penting dalam pemulihan sektor persekitaran binaan daripada pandemik COVID-19. Beliau menerajui pelbagai usaha bersama para pemimpin industri, persatuan perdagangan dan dewan perniagaan serta agensi pemerintah untuk menangani cabaran tenaga kerja dan kewangan sambil memastikan kegiatan pembinaan dapat disambung semula dengan selamat.
Selepas pandemik, Encik Wong menyelia beberapa perubahan dasar penting, termasuk peralihan kepada rejim berasaskan firma bagi penyeliaan dan pemeriksaan keselamatan serta pengenalan Peningkatan Tenaga Mandatori untuk meningkatkan prestasi tenaga bangunan sedia ada dan mengurangkan kos operasi.
Beliau juga menyelia semakan semula Kod mengenai Kemudahan Akses dalam Persekitaran Binaan, yang merangkumi peruntukan dipertingkat bagi pengguna berbeza sambil memperkenalkan fleksibiliti reka bentuk yang lebih besar.
“Di bawah kepimpinan beliau, BCA memupuk ekosistem inovasi yang lebih kukuh serta mencapai kemajuan dalam transformasi industri, penggunaan teknologi dan pengembangan perusahaan,” menurut MND dan BCA.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Wong atas sumbangan beliau yang amat bernilai kepada sektor persekitaran binaan dan BCA, serta mengalu-alukan Encik Tan bagi pelantikan baharunya di BCA.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.