BCA akan jalankan pemeriksaan audit ke atas projek serupa tapak Anson Road yang runtuh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Chew Hui Min)
SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan menjalankan pemeriksaan audit ke atas projek-projek serupa dengan 80 Anson Road, di mana seorang pekerja meninggal dunia selepas tembok konkrit runtuh.
Ini untuk memastikan pihak pemaju projek telah mengambil langkah-langkah yang betul dan kerja perobohan dijalankan dengan selamat.
BCA akan juga menghantar makluman untuk mengingatkan pihak-pihak pembangun projek, arkitek dan jurutera, untuk menjalankan kerja perobohan mengikut pelan yang diluluskan, dan untuk mengambil langkah-langkah yang wajar.
Ini termasuk pemeriksaan di tapak kerja.
BCA menambah, kerja perobohan perlu dijalankan mengikut syarat-syarat di bawah Akta Kawalan Bangunan.
BCA sedang menyiasat punca kejadian runtuhan Khamis lalu (15 Jun) sambil berkata ia akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat pelanggaran peraturan.

Sumber : CNA/MM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.