Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Raya Utara tawar lebih 90 gerai, lebih banyak tempat duduk untuk pengunjung buka puasa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bazar Raya Utara menawarkan sekitar 100 gerai dan kawasan tempat duduk yang lebih luas untuk para pengunjung berbuka puasa pada Ramadan ini.

Bazar itu sudah diadakan selama 18 tahun sebelum pandemik melanda pada 2019.

Buat julung-julung kalinya, GRC Marsilling-Yew Tee dan GRC Sembawang bergabung untuk menganjurkan Bazar Raya Utara sempena bulan Ramadan kali ini.

Ia dilancarkan oleh para penasihat akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee, Timbalan Perdana Menteri (DPM) Lawrence Wong, Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad serta para penasihat akar umbi GRC Sembawang, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, Encik Vikram Nair dan Cik Mariam Jaafar.

"Selama 18 tahun kami secara tetap menganjurkannya di utara. Maka itu kami fikir ia lebih bermakna kini dengan sekatan sudah ditarik balik dan kami sudah di DORSCON Hijau. Kami dapat menjalani semula kehidupan dan kami rasa ia adalah amat bermakna untuk para penduduk berkumpul dan menikmati acara bazar Ramadan," kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Terletak di kawasan tanah lapang berhampiran stesen MRT Woodlands, Bazar Raya Utara dijangka dapat memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Dengan lebih 90 gerai, bazar itu menawarkan pelbagai jenis makanan dan runcit.

Selain itu, lebih banyak tempat duduk disediakan untuk para pengunjung berbuka puasa.

Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam, bazar itu dibuka hingga 19 April 2023.

"Dengan keadaan pasca pandemik, memang kami sedang bekerjasama antara 2 GRC untuk membawa bazar ini ke tahap yang lebih besar, dan skala yang lebih besar. Kami mahulah membawa suatu town, bandar yang mempunyai 2 GRC bersama," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

"Dan ini kita harap dapat membawa satu suasana Ramadan, suasana bazar ke daerah utara. Dan kita mempunyai persembahan-persembahan setiap minggu," tambah Encik Zaqy.

Sehingga 10,000 orang dijangka mengunjungi bazar itu setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan