Skip to main content

Singapura

Bazar Raya Utara pilih tema Kampung bagi imbau semangat kemasyarakatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bazar Raya Utara di kawasan Admiralty kembali lagi bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Hari Raya.

Bazar tahunan itu menampilkan suasana kampung tradisional melalui pemasangan bertemakan kampung.

Ia sekaligus memberi peluang kepada penduduk mengimbau semangat kemasyarakatan dan budaya warisan Singapura.

Menurut Anggota Parlimen GRC Sembawang, Mariam Jaafar, tema 'Kampung' dipilih bagi mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan saling gotong-royong.

"Saya rasa apa yang unik tentang bazar tahun ini adalah ada beberapa perkara. Pertama, tema kampung. Terdapat rumah kampung di sini. Ini bagi mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan saling gotong royong," kata Cik Mariam.

"Dari segi penglibatan, pada tahun ini kita menyaksikan penyertaan lebih ramai usahawan tempatan berbanding tahun lalu. Selain itu, bazar ini terus berperanan sebagai wadah utama bagi melancarkan kempen pengumpulan dana 'Spirit of Sembawang' setiap tahun," tambahnya lagi.

Bagi tahun ini, dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada Rumah Kanak-kanak PERTAPIS.

Inisiatif itu bertujuan memupuk semangat keprihatinan dan budaya memberi dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Turut hadir di majlis perasmian lampu raya dan bazar tersebut adalah barisan Anggota Parlimen GRC Sembawang, termasuk Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.

Bazar Raya Utara 2026 menampilkan lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai juadah dan barangan keperluan Hari Raya.

Acara tersebut akan berlangsung hingga Khamis, 19 Mac 2026.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita