Bazar Raya Geylang Serai tetap meriah meski lebih kecil
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja pembinaan di Jalur Budaya Geylang Serai akan terus dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Demikian penjelasan oleh Penasihat Utama Wisma Geylang Serai, Dr Muhammad Faishal Ibrahim kepada wartawan Syawal Yusoff.
Lantaran itu, lebih banyak usaha keselamatan akan dilakukan untuk memastikan pengunjung tidak terjejas dan menikmati pengalaman yang positif.
Dengan jumlah gerai-gerai dikurangkan daripada 700 kepada 500 sahaja tahun ini, orang ramai akan lebih tertumpu ke kawasan yang lebih kecil.
"Bagaimana mereka bergerak, bagaimana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat, isu-isu ini harus dilihat dengan baik dan juga bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF), dan juga badan-badan yang lain seperti Persatuan Rakyat (PA) untuk melihat isu ini secara keseluruhannya.
"Yang paling penting yang kita mahu adalah keselamatan para pengunjung. Supaya mereka boleh menikmati suasana, dan juga dapat membeli belah dalam suasana yang lebih selamat," kata Dr Faishal yang juga Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.
Disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan Pusat Penjaja dan Pasar Geylang Serai dan Kompleks Joo Chiat, tiada gerai akan didirikan di situ.
Sebaliknya, Bazar Geylang Serai 2024 hanya akan tertumpu di kawasan perkarangan WGS serta tanah lapang di bahagian belakang bangunan.
Kesemua 500 gerai termasuk 150 gerai makanan dan minuman akan didirikan di situ.
Menurut WGS, antara inisiatif yang akan diusahakan termasuk mendirikan papan-papan tanda di sepanjang kawasan bazar untuk mengingatkan para pengunjung tentang kebersihan serta tempat meletak kereta alternatif.
Bazar tahun ini akan bermula dari 8 Mac hingga 9 April.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.