Skip to main content

Singapura

Bazar Raya Geylang Serai pilihan ramai dari segi suasana, kepelbagaian

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Bazar Raya Geylang Serai dipilih sebagai bazar Raya dengan suasana paling meriah dan paling menawarkan kepelbagaian tahun ini.

Bazar Sembawang West pula menarik undian tertinggi bagi bazar Raya dengan harga paling berpatutan.

Demikian menurut hasil undian online yang dijalankan di laman Instagram BERITAmediacorp, dengan sekitar 100 responden.

73% RESPONDEN AKUR BAZAR GEYLANG SERAI SERLAHKAN KEPELBAGAIAN

Bazar Raya Geylang Serai jauh mendahului bazar-bazar lain dari segi kepelbagaian, menurut responden.

Sekitar 73 peratus daripada mereka bersetuju bahawa Bazar Raya Geylang Serai mempunyai paling banyak kepelbagaian.

Dari segi suasana juga, Bazar Raya Geylang Serai menguasai undian sebanyak 54 peratus, disusuli Bazar Kampong Gelam, sebanyak 27 peratus.

Dalam pada itu, pilihan orang ramai dari segi harga berpatutan ialah Bazar Sembawang West, dengan sekitar 18 peratus undian.

PAPAR 6 BAZAR

Undian yang dijalankan BERITAmediacorp pada 11 April bagi ketiga-tiga kategori itu memberi enam pilihan bazar utama di Singapura.

Ia terdiri daripada Bazar Raya Geylang Serai, Bazar Kampong Gelam, Bazar Sembawang West, Bazar Bukit Gombak, Bazar Hab Tampines Kita (OTH) dan Bazar Raya Utara Woodlands.

Meskipun para responden sudahpun membuat undian, tahun ini jelas menyaksikan perbezaan bagi bazar-bazar di seluruh Singapura.

Misalnya, Bazar Kampong Gelam atau 'Glam Eid' yang dianjurkan oleh One Kampong Gelam menawarkan stesen-stesen barbeku yang menjadi antara daya tarikannya tahun ini.

Sekitar 1,200 tempat duduk dan struktur mezanin dua tingkat turut disediakan bagi pengunjung berbuka puasa dengan selesa.

Tahun ini juga, pengunjung menikmati sebanyak 700 gerai di Bazar Raya Geylang Serai, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, pakaian serta kelengkapan rumah.

Tidak lupa juga anak kuda yang boleh ditunggang di bazar tersebut!

Meskipun pelbagai perkara kurang enak dilaporkan mengenai Bazar Raya Geylang Serai, ia tetap menjadi bazar pilihan ramai secara amnya.

Bazar di kawasan kejiranan seperti di Bazar Sembawang West pula menawarkan barangan pada harga yang lebih dimampui, mungkin disebabkan kadar sewa yang tidak terlalu mahal.

Justeru, sebilangan pengikut BERITAmediacorp - menerusi ruangan komen memilih Bazar Raya Utara dan Bazar Bukit Gombak sebagai bazar yang menawarkan harga berpatutan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita