Bazar Raya Geylang Serai kerjasama dengan Shopee, Grab galak pembayaran digital, niaga 'livestream'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bukan lagi terhad kepada ruang fizikal gerai masing-masing, para peniaga Bazar Raya Geylang Serai kini berpeluang menjangkau pelanggan di luar kawasan bazar menerusi insentif pembayaran digital serta peluang jualan siaran langsung dalam talian.
Demikian merupakan inisiatif digital baharu hasil kerjasama penganjur Bazar Geylang Serai dengan Grab Dine Out dan Shopee.
Buat julung-julung kalinya dalam penganjuran acara tahunan itu, langkah demikian bertujuan memperluas jangkauan serta membuka peluang pendapatan baharu kepada para peniaga tanpa menjejas suasana perayaan di bazar ikonik itu.
DISKAUN APLIKASI DAN JUALAN PENSTRIMAN LANGSUNG
Menerusi kerjasama dengan Grab misalnya, pengunjung yang membuat pembayaran melalui Grab Dine Out dalam aplikasi itu akan menikmati diskaun lima peratus.
Mereka yang berbelanja di tiga gerai berbeza pula akan menerima baucar Grab Dine Out bernilai S$3, yang boleh digunakan di lebih 1,000 premis mengambil bahagian di seluruh negara, termasuk di bazar tersebut bagi perbelanjaan sekurang-kurangnya S$10.
Selain itu, para peniaga runcit juga diberi peluang menyertai Shopee sebagai penjual rasmi di samping operasi mereka di bazar.
Mereka berpeluang mengambil bahagian dalam sesi jualan penstriman langsung secara eksklusif setiap hari dari 8 malam hingga tengah malam.
Ini sekali gus membolehkan mereka menembusi pasaran dalam talian tanpa perlu meninggalkan gerai fizikal mereka di bazar itu.

BERLANGSUNG LEBIH LAMA - 36 HARI
Bertemakan #KitaRayaBersama, Bazar Raya Geylang Serai 2026 akan menampilkan lebih 500 gerai yang beroperasi dari 14 Februari hingga 21 Mac selama 36 hari.
Tempoh ini tiga hari lebih lama berbanding tahun 2025.
Bazar Hari Raya terbesar di Singapura itu beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 11.59 malam, dengan waktu dilanjutkan sehingga 6 pagi pada Hari Raya Aidilfitri.

Jalan-jalan utama di sekitar Geylang Serai juga akan dihiasi lampu sehingga 30 Mac.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata, “Ramadan dan Hari Raya mengingatkan kita tentang nilai memberi, kesantunan dan kesyukuran, sambil kita berusaha menjadi insan yang lebih baik demi masyarakat dan negara.
"Menerusi kempen #KitaRayaBersama, Wisma Geylang Serai terus menyediakan ruang yang mesra dan inklusif untuk nilai-nilai ini dikongsi secara terbuka, sekali gus menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk bersama-sama menghayati tradisi serta mengeratkan ikatan yang menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat."
PROGRAM BUDAYA DAN WARISAN TURUT DIKETENGAHKAN
Antara program lain termasuk Program Santai Sejenak @ WGS yang yang bakal menampilkan persembahan bakat tempatan dan serantau selama 22 hari.
Pusat Warisan Melayu (MHC) turut mengadakan pameran bergerak dari 9 hingga 31 Mac 2026.
Menerusi pameran itu, pengunjung berpeluang mempelajari bagaimana Ramadan dan Hari Raya diraikan di Singapura.
Sebuah Konsert Hari Raya akan dianjurkan pada April sebagai acara penutup kepada sambutan sepanjang bulan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.