Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Raya Geylang Serai bakal diadakan lagi tahun ini; kali kedua dianjur sejak pandemik melanda

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Raya Geylang Serai bakal diadakan lagi tahun ini; kali kedua dianjur sejak pandemik melanda

Kunjungan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Bazar Geylang Serai 2022. (Gambar: PMO)

Diterbitkan : 19 Jan 2023 07:12PM Dikemas Kini : 19 Jan 2023 07:17PM
SINGAPURA: Wisma Geylang Serai (WGS) bakal mengadakan Bazar Raya Geylang Serai tahun ini dengan tender untuk menganjurkan bazar sudahpun dibuka.

Demikian diumumkan oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang juga Penasihat Utama WGS dalam satu catatan ringkas di akaun Instagramnya pada Khamis (19 Jan).

"Saya bersyukur dan berbesar hati melihat ramai rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang budaya berhimpun bagi menikmati suasana bazar-bazar perayaan.

"Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Wisma Geylang Serai akan menganjurkan Bazar Raya Geylang Serai 2023," tulis Dr Faishal sambil meminta orang ramai menantikan maklumat lanjut mengenainya.
Bazar Raya Geylang Serai tahun ini akan menjadi yang kedua diadakan sejak pandemik melanda.


Tahun lalu, sekitar 800,000 individu mengunjungi Pengalaman Membeli-Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE), yang kembali diadakan semula selepas dua tahun.

Pada awalnya, bazar tersebut dianjurkan dengan pelaksanaan langkah-langkah pengurusan selamat di mana kemasukan pengunjung dihadkan kepada 600 orang pada satu-satu masa.

Para pengunjung juga perlu memakai pelitup ketika berada di zon-zon acara kecuali semasa menjamu selera.

Selang kurang dua minggu kemudian, bazar tersebut diperluaskan dengan dua lagi zon baru dibuka pada 14 April iaitu di kawasan antara Wisma Geylang Serai dengan Tanjong Katong Complex, dengan lagi 30 gerai disediakan.

Jumlah pengunjung ke bazar GSHRSE bertambah pada minggu terakhir bulan Ramadan lalu apabila Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) mengumumkan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat yang berkuat kuasa 26 April.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan