Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Ramadan Kampong Gelam tarik 22,000 pengunjung dalam masa 5 hari

Dalam masa lima hari, Bazar Ramadan Kampong Gelam berjaya menarik lebih 22,000 pengunjung sejak ia mula dibuka pada Sabtu (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam masa lima hari, Bazar Ramadan Kampong Gelam berjaya menarik lebih 22,000 pengunjung sejak ia mula dibuka pada Sabtu (2 Mac).

Sempena pelancaran rasminya pada Rabu (6 Mac), sebuah majlis penuh gemilang dianjurkan sesuai dengan tema bazar itu tahun ini.

Dengan tema, 'Gemilang Kampong Gelam', pembukaan bazar itu dirasmikan tetamu terhormat, penasihat Perikatan Kampong Gelam (KGA), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Bercakap kepada wartawan Syawal Yusoff, Dr Faishal berkata gabungan sejarah Kampong Gelam yang kaya serta ciri-ciri moden yang diterapkan dalam bazar itu menjadi suatu daya tarikan.

"Dengan adanya bazar di sini ia memberikan ruang pada kita untuk berkongsi bukan sahaja untuk satu bazar Ramadan tetapi dengan adanya infrastruktur dan juga sejarah Kampong Gelam ia memberikan suasana yang sangat unik.

"Walaupun tempat ini bersejarah tetapi dengan aspek kemodenan seperti menggunakan LED, hologram dan juga aspek di mana yang datang ini kita lihat bukan sahaja daripada mereka yang suka mengunjungi bazar tetapi pelbagai bangsa pelbagai mereka datang dari pelbagai usia dan latar belakang dan ini adalah satu tempat di mana kita dapat meraikan pembangunan Singapura sejarah Singapura," kata Dr Faishal yang juga Menteri Negara Pembangunan Negara.

Dalam pada itu, Dr Faishal juga turut menghargai kerjasama antara Masjid Sultan, Pusat Seni Aliwal, Taman Warisan Melayu, One Kampong Gelam (OKG) dan Perikatan Kampong Gelam (KGA) untuk menghidupkan lagi sejarah kawasan itu terutama di musim perayaan sebegini.

"Kalau kita berjalan-jalan, kita pergi ke taman Sultan Gate kita boleh melihat sejarah detik-detik yang penting dalam pembangunan Kampong Gelam dan juga ia padat pada masanya di mana kita meraikan Ramadan dan juga Hari Raya dan juga kita melihat hari demi hari kita membangun dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan ini kita dapat melihat walaupun ia lama telah dibangunkan iaitu tempat yang bersejarah tetapi keunikan dan terus membentuk dan memantapkan program sebagai satu kawasan yang menarik dan unik bukan sahaja di Singapura tetapi di rantau ini," tambah Dr Faishal yang juga merupakan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri.

Acara sekitar dua jam itu turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar CDC Tengah, Denise Phua serta kira-kira 40 undangan termasuk wakil-wakil dari Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Masjid Sultan.

Para hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti dikir barat oleh kumpulan Kelana Purba, samrah dari The Arabian Knights dan tarian Melayu oleh Sriwana.

Mereka juga sempat meninjau-ninjau 119 gerai yang dibuka dan beramah mesra dengan para pengunjung.

Pihak penganjur juga menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang menjelang Ramadan nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan