Bazar Ramadan Kampong Gelam rasmi dilancarkan, terima sambutan menggalakkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah Pasukan Bertindak Antara Agensi Mengenai Perniagaan Warisan, Kegiatan Tradisional dan Kehidupan Budaya bakal ditubuhkan bagi menyokong perniagaan warisan, kegiatan tradisional dan kebudayaan.
Antara tumpuannya ialah untuk mengkaji cara-cara untuk menyediakan sokongan mampan kepada perniagaan warisan serta melestarikan ruang-ruang dan infrastruktur bagi mengekalkan kebudayaan di kawasan kejiranan.

Ia diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dalam ucapannya di majlis pelancaran bazar Ramadan Kampong Gelam Gemilang pada Jumaat (21 Feb)
Encik Lee berkata Kampong Gelam ialah antara kawasan yang paling bersejarah yang membentuk kawasan kejiranan kebudayaan di negara ini.
Perniagaan warisan katanya memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ikatan kemasyarakatan selain mengekalkan semangat keusahawanan.
Namun, cabaran kenaikan kos, persaingan dan citarasa pembeli telah menjejas perniagaan di kawasan itu.
"Agensi-agensi utama akan bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat dan pemilik perniagaan warisan untuk tumbuhkan dan kekalkan perniagaan dan aktiviti yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kawasan warisan yang meriah untuk generasi akan datang," kata Encik Lee.
Pasukan bertindak yang diketuai Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Pembangunan Negara akan mendampingi rakan-rakan masyarakat dan pertubuhan bagi menyuntik kesegaran bagi perniagaan dan kegiatan budaya di kawasan-kawasan berkenaan.

Antara yang akan menerajui usaha itu ialah Menteri Negara Kanan, Low Yen Ling dan Menteri Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Dengan adanya wadah seperti ini, ia boleh mencerminkan bahawa di Singapura ini kita menitikberatkan tentang warisan budaya dan juga cara kehidupan kita di Singapura hari ini. Ini menunjukkan bahawa pemerintah menyokong dengan kuat aspek-aspek ini dan juga bekerjasama dengan badan-badan seperti KGA. Ini adalah satu penggemblengan tenaga yang penting," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Faishal Ibrahim.
Di majlis itu juga, Encik Lee turut mengumumkan bahawa Perikatan Kampong Gelam (KGA) sudah dirasmikan sebagai sebuah syarikat terhad dengan jaminan.
Dengan itu, ia kini lebih diiktiraf sebagai wakil masyarakat Kampong Gelam dan meluaskan keupayaannya untuk tangani sumber-sumber yang ada dengan lebih berkesan lagi.
SAMBUTAN 3 HARI PERTAMA BAZAR MENGGALAKKAN
Bazar Ramadan Kampong Gelam sudah dibuka sejak Rabu (19 Feb) dan menurut para pegerai yang ditemui, sambutan sangat menggalakkan dan lebih baik berbanding tahun lalu.

"Saya rasa tiga hari pertama penjualan ini lebih bagus berbanding tahun lepas yang mengambil seminggu-dua untuk rancak. Orang ramai sudah mula datang, terutama pelancong," kata pegerai Satay Ummi by Lydia Izzati, Ismul Azim Jasmani.
Pegerai kali pertama, Ali Redha pula berpendapat, "Alhamdulillah kita dapat banyak sambutan. Bila kita baru buka, hari pertama pun dah ramai orang. Jadi baguslah. Saya nak cuba sesuatu yang berbeza. Selalunya saya jual teh tarik. Jadi tahun ini saya menjual pasta"
Menurut pihak penganjur, 95 peratus bazar sudah disewakan.
Sekitar 80 gerai menjual makanan dan lagi 40 menjual keperluan Hari Raya.
Kepelbagaian barangan dan makanan yang ditawarkan juga disambut baik para pengunjung.
"Bazar ini tahun ini agak meriah dan tidak dijangkakan yang sebelum Ramadan sudah ramai orang yang datang untuk membeli barang-barang dan ada kepelbagaian saya tengok berbanding tahun-tahun yang lepas misalnya ada makanan Korea yang kita tak pernah lihat sebelum ini dan makanan dari Arab. Jadi agak menarik dan kita pun banyak belanja tahun ini," kata pengunjung, Fharhanna Raffid.
"Tahun ini jauh lebih meriah dan harganya boleh dimampui. Tahun ini saya rasa harganya sudah dipotong banyak. Saya di sini juga tahun lalu tapi saya rasa mahal," Rylan Myerscough.
Bazar di Kampong Gelam itu dibuka seawal jam 2 petang setiap hari dan terus beroperasi sehingga jam 11 malam.
Edisi kelima bazar itu berlangsung dari 19 Februari hingga 25 Mac 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.