Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Marsiling digelar terbesar di SG, dibuka selama 8 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Marsiling digelar terbesar di SG, dibuka selama 8 minggu

(Gambar: Facebook/Singapore Night Bazaar)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 10:54PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 03:02PM
SINGAPURA: Musim perayaan hujung tahun ini menjadi lebih meriah lagi dengan bazar di Woodlands yang digelar sebagai yang terbesar di Singapura.

Ia akan dibuka selama lapan minggu, memberikan masa bagi pengunjung untuk menikmati setiap sajian yang ditawarkan dalam suasana pesta.

Terletak di kawasan berdekatan stesen MRT Woodlands, pengendali Singapore Night Bazaar' menggelarnya sebagi "Pasar Malam Terbesar di Singapura".

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di TikTok, ia mungkin bukan satu janji kosong kerana khemah yang disediakan nampaknya mampu menampung ratusan orang.

Pasar malam itu sudah dibuka sejak 14 November dan akan berehat sementara pada 10 Disember.

Ia akan dibuka semula pada 21 Dis sempena menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina, menurut satu catatan Facebook oleh 'Singapore Night Bazaar'.

Pesta itu akan berlangsung selama sebulan, berakhir pada 21 Januari.

Ini bermakna pengunjung berpeluang untuk mencuba setiap gerai makanan!

Pihak penganjur menjanjikan pelbagai pilihan makanan yang memenuhi cita rasa setiap pengunjung.

Antara sajian yang ditawarkan termasuk makanan kegemaran ramai seperti Ramly Burger, vadai, telur teh dan kari bebola ikan.

Bagi yang gemar kan pencuci mulut, anda boleh menikmati kudapan dari merata dunia termasuk wafel, penkek belanda, churros, pisang keju, putu piring dan apam balik.

Minuman yang disediakan pula - dari teh susu Thai hingga ke jus tebu dan 'float' mangga.

Tidak seperti pasar malam biasanya, pesta makanan di Woodlands itu menyediakan ruang makan dengan meja dan bangku supaya pengunjung dapat menikmati makanan dan minuman mereka dalam suasana yang selesa dan santai.

Selepas puas isi perut, pengunjung boleh pula mencuci mata di gerai pakaian, kasut, beg, mainan, barangan elektronik, kelengkapan bilik tidur dan barang keperluan lain.

Bagi yang gemar permainan arked, anda boleh mencuba nasib dan memenangi hadiah yang menarik.
 
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan