Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Hari Raya sah diadakan secara fizikal di Geylang Serai dan Kampong Gelam

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Hari Raya sah diadakan secara fizikal di Geylang Serai dan Kampong Gelam

(Gambar: Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim/Facebook)

Diterbitkan : 15 Mar 2022 10:37AM Dikemas Kini : 26 Mar 2022 08:38PM

SINGAPURA: Bazar Hari Raya Geylang Serai dan Kampong Gelam kembali diadakan tahun ini. 

Hal demikian disahkan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan Facebook beliau pagi Selasa (15 Mac). 

Ini sedang negara membuat peralihan secara bertahap-tahap untuk kembali pada keadaan sebelum pandemik. 

Selain boleh berbelanja secara fizikal di dua kawasan itu,  pengunjung juga boleh menikmati kemeriahan suasana di situ dengan hiasan lampu Hari Raya. 

Menurut Dr Faishal yang juga merupakan penasihat Wisma Geylang Serai (WGS), lebih banyak maklumat akan diumumkan dalam minggu-minggu mendatang di platform media sosial WGS dan "Visit Kampong Gelam". 

Beliau juga berharap dua acara tersebut akan menambah keceriaan pada sambutan Lebaran tahun ini. 

Namun, orang ramai diingatkan untuk kekal berwaspada dan mematuhi Langkah-langkah Pengurusan Selamat bagi kesejahteraan semua. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan