Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Hari Raya Geylang Serai akan diperluas; lebih banyak gerai akan dibuka

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Apr 2022 02:20PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 09:23PM

SINGAPURA: Pengalaman Membeli-Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE) akan diperluaskan.

Lebih banyak gerai juga akan dibuka di kawasan antara Wisma Geylang Serai dengan Tanjong Katong Complex.

Ini setelah GSHRSE menerima maklum balas yang sangat positif daripada masyarakat Melayu/Islam di sini.

Perkembangan yang menggembirakan itu dimaklumkan oleh Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatan Facebooknya pada Selasa (5 Apr).

"Saya terharu dan berbesar hati melihat begitu ramai pengunjung menikmati suasana yang meriah di kawasan Geylang Serai.

"Dengan lebih banyak langkah pengurusan selamat (SMM) kini dilonggarkan, kini terdapat peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang ini dan mempertingkatkan lagi ketersambungan kawasan Geylang Serai dengan lebih banyak gerai untuk menawarkan bermacam-macam jenis makanan serta pelbagai pilihan barangan keperluan raya," dedah Dr Faishal yang juga merupakan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.

"Saya berharap peluasan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan semasa bulan Ramadan ini," tulis Dr Faishal sebelum mengakhiri catatannya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan