Bazar CNY Chinatown dibanjiri pengunjung, 2 persimpangan 'sangat sesak'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Today
SINGAPURA: Pada hari pertama polis meletakkan peta langsung mengenai tahap kesesakan di bazar Tahun Baru Cina (CNY) di Chinatown, dua persimpangan di tengah-tengah kemeriahan di kawasan tersebut hampir ditutup atas sebab keselamatan.
Ini adalah persimpangan antara Smith Street dan Trengganu Street, serta Temple Street dan Trengganu Street.
Apabila Mediacorp tiba di bazar tersebut pada pukul 6.30 petang pada Jumaat (13 Jan), setiap bahagian dalam peta tersebut masih hijau, menandakan bahawa tidak ramai orang.
Namun dari pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam, tahap kesesakan kawasan itu mencecah hadnya apabila orang ramai membanjiri bazar tersebut.
Orang ramai berdiri bahu ke bahu antara satu sama lain dan pergerakan mereka perlahan, dengan hanya beberapa ruang kecil yang kosong untuk orang keluar daripada kawasan sesak itu.
Ini dapat dilihat menerusi peta tersebut, dengan bintik oren menandakan persimpangan sebagai "sangat sesak" - hanya satu tahap lagi sebelum kawasan itu ditutup.
Polis mengadakan peta langsung kerana menjangkakan orang ramai akan berkumpul pada hujung minggu kedua bazar itu.
Ia juga untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kawasan mana yang perlu dielakkan kerana ditutup selepas kapasiti kawasan itu dicapai.
Peta online yang serupa disediakan oleh polis semasa sambutan tahun baru di Marina Bay awal bulan ini.

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.