Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar-bazar mini bawah blok dapat sambutan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Banyak sekali bazar Ramadan yang diadakan tahun ini, termasuk bazar lebih kecil yang diadakan di kolong-kolong blok dan juga di kawasan kejiranan.

Antaranya adalah Bazar Ramadan di hadapan Blok 792 Woodlands Avenue 6 dan blok 301 Tampines Street 32 .

Suasana di Bazar Ramadan di hadapan Blok 792 Woodlands Avenue 6 sekitar 2.00 petang pada Jumaat (31 Mac) meriah dengan ramai pengunjung rambang mata untuk membeli sajian untuk berbuka.

Hampir 30 gerai yang tersedia di bazar Ramadan itu.

Kehadiran bazar itu sangat dihargai para penduduk yang tinggal berdekatan meskipun terdapat Bazar Raya Utara yang lebih besar dan banyak juga pilihan makanan halal lain di kawasan berkenaan.

"Saya rasa sangat mudah untuk saya ke sini kerana rumah saya di belakang itu saja, jadi untuk saya, ia sangat meriah dan mudah dikunjungi penduduk di kawasan Admiralty," kata Muhammad Ikhsan Muhammad Yazid kepada BERITAmediacorp.

Cik Rohana Harun yang merupakan penduduk Yishun juga datang ke bazar ini untuk meninjau makanan dan minuman yang ada di bazar itu.

"Ini hari pertama saya ke sini. Baguslah ada bazar Ramadan ini di sini," kata Cik Rohana.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
Para pegerai juga gembira dengan sambutan yang sangat menggalakkan sejak bazar ini dilancarkan.

"Ini adalah pengalaman pertama kami di sini jadi kami ingin melihat suasana di sini. Alhamdulillah sambutannya amat bagus," kata Kakitangan Quicky.sg, Nursyahidah Naim.

Kakitangan Gerai Briyani Anjaniman, Ishak Yusoff juga turut teruja hidangan nasi briyani dam laris dijual.

"Orang-orang bangsa Melayu kita Alhamdulillah, mereka bersemangat sokong kita dengan kuat. Kebanyakan makanan daripada hari pertama sampai ke hari ini, semua habis dijual," kata beliau.

Bazar di bawah kolong blok 301 Tampines Street 32 pula tidak kurang meriah apabila BERITAMediacorp ke sana sekitar pukul 4.00 petang pada Jumaat.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
Meskipun hanya ada 10 gerai, para penduduk bersyukur dengan pilihan yang ditawarkan di bazar itu.

"Saya rasa orang yang tinggal di sini senang, tak perlu nak pergi jauh-jauh dan lagipun harganya boleh tahan murah juga," kata Encik Ramli Asmawi.

Encik Fazley Jufri pula berkata beliau terpikat dengan hidangan tulang merah dan air katira yang dijual di bazar Ramadan tersebut sehingga sanggup datang dari Punggol.

"Sebenarnya saya tinggal di Punggol tapi datang sajalah sebab sudah lapar. Saya amat suka dengan konsep bazar bawah blok ini dengan harapan di masa hadapan akan ada lagi banyak bazar seperti ini," kata beliau.
(Gambar: Nurfazirah Azman)
Para pegerai gembira kerana semangat kejiranan hangat terasa.

"MashaAllah tidak disangka begitu ramai terutama orang-orang kampung saya, sudah lama tidak ada bazar jadi kemeriahannya dirasakan semula," kata pemilik gerai Tokpah, Talha Syed Abdullah.

Kakitangan Gerai Pitstop, Raf Marican juga menarik perhatian bahawa perniagaan selepas pandemik jauh lebih baik.

"Setakat ini, Alhamdulillah lebih baik daripada sebelum COVID kerana ada tiga bazar dahulu di Tampines jadi ia dijadikan satu. Alhamdulillah sambutannya lebih baik," kata beliau.

Bazar Ramadan di Admiralty akan dibuka sehingga 10 April manakala bazar bawah blok di Tampines dibuka sehingga 21 April.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan