Bayi lahir di KKH boleh guna kerusi kereta pinjam di bawah program baharu keselamatan jalan raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibu bapa bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) boleh pinjam kerusi kereta bayi di bawah satu program baharu untuk mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Demikian menurut hospital itu pada Selasa (25 Feb).
Inisiatif tersebut, yang pertama di Singapura, bertujuan memperkasa ibu bapa untuk menjadikan perjalanan menaiki kereta selamat untuk bayi mereka, menurut KKH dalam satu kenyataan.
"Setiap tahun, kami merawat sekitar 400 kanak-kanak yang cedera dalam kemalangan jalan raya. Kebanyakan kecederaan itu melibatkan bahagian kepala, saraf tunjang dan organ dalaman - jauh lebih teruk apabila kanak-kanak tidak menggunakan kerusi dalam kereta yang betul," kata Dr Ronald Tan, perunding kanan di jabatan perubatan kecemasan KKH.
"Kebanyakan kecederaan itu boleh dicegah dengan langkah berjaga-jaga yang betul. Kini, lebih penting lagi, untuk keluarga lebih sedar mengenai betapa berkesannya kerusi bayi dalam kereta bagi menyelamatkan nyawa."
Di bawah Program Kerusi Kereta bagi Bayi Baru Lahir KKH, ibu bapa akan dipelawa mendaftar minat mereka untuk meminjam kerusi kereta untuk tahun pertama bayi mereka semasa datang membuat pemeriksaan kehamilan.
Mereka juga boleh mendaftar melalui laman sg/buckleupbaby.
KKH akan membuayt aturan bagi ibu bapa mengambil kerusi tersebut semasa pemeriksaan dalam tiga bulan terakhir kehamilan, supaya mereka ada masa yang cukup untuk membiasakan diri menggunakannya sebelum bayi mereka lahir.
Sumber-sumber video pendidikan dan sokongan mengenai cara betul memasang kerusi tersebut juga akan disediakan.
Selain itu, ibu bapa juga akan ada akses kepada pakar mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak dan belajar tentang keberkesanan kerusi sedemikian dalam mengurangkan risiko cedera parah ketika berlaku kemalangan jalan raya.
Kerusi yang dipinjamkan itu perlu dipulangkan apabila kanak-kanak itu berusia setahun.
Menurut KKH pada Selasa, kajian ke atas 1,483 kanak-kanak dan remaja yang mengalami kecederaan akibat nahas jalan raya mendapati lebih separuh tidak duduk di kerusi khas semasa kemalangan.
Kajian kedua ke atas penggunaan kerusi sedemikian dan juga tali pinggang keledar mendedahkan bahawa dalam kalangan ibu bapa dan penjaga, terdapat kurang pengetahuan mengenai cara betul memasang dan menggunakannya.
Ibu bapa dan penjaga juga tidak yakin terhadap sejauh mana pentingnya kerusi sedemikian dan juga keberkesanannya.
"Inisiatif ini direka untuk menyediakan pengetahuan, sumber dan sokongan kepada keluarga bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di jalan raya," kata Dr Tan.
Program itu disokong Polis Trafik dan dengan kerjasama Komoco Motors dan Mothercare. Ia dapat memanfaatkan sekitar 300 bayi baru lahir pada tahun pertama, menurut KKH.
Hospital itu menyambut kelahiran sekitar 30 hingga 35 bayi setiap hari secara purata, tambah KKH menjawab pertanyaan Mediacorp.
Untuk menggalakkan peserta terus menggunakan kerusi sesuai usia, ibu bapa akan ditawarkan subsidi bagi membeli kerusi sendiri.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.