Bayi 'Hari Kebangsaan' Muhammad Zayyan dilahirkan pada 1.28 pagi 9 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Dr Jazlan Joosoph)
SINGAPURA: Hari Kebangsaan Singapura ke-58 hari ini (9 Ogos) bakal diraikan dengan penuh meriah menjelang Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada lewat petang Rabu.
Namun, pada 1.28 pagi tadi, hari istimewa ini sudahpun diserikan dengan kehadiran seorang bayi 'Hari Kebangsaan', Muhammad Zayyan Muhammad Syukur.
Anak kedua kepada Encik Muhammad Syukur Mohamed Salleh dan Cik Nur Atika Andari ini selamat dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram (kg) secara normal di Hospital Raffles oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph.
Semasa dihubungi BERITA Mediacorp, Dr Jazlan berkongsi: "Ini bukan kali pertama saya menyambut kelahiran bayi 'Hari Kebangsaan', namun ia tetap suatu pengalaman yang istimewa.
"Bukan sahaja disebabkan keseronokon dalam menyambut kemeriahan Hari Kebangsaan, tetapi juga disebabkan ibu bapa yang mensyukuri kelahiran anak mereka yang dilahirkan pada hari istimewa ini. Saya turut gembira kerana dapat membantu untuk meningkatkan kadar kelahiran Singapura pada hari bermakna bagi semua rakyat Singapura.
"Yang pasti, saya sentiasa berbesar hati dan bangga untuk mengorbankan masa tidur dan cuti umum saya demi menambah kegembiraan pesakit saya untuk melahirkan bayi mereka pada Hari Kebangsaan tahun ini," tambahnya.
Dr Jazlan turut berkongsi detik istimewa tersebut di laman Instagram beliau.
Beliau menulis: "Tahniah kepada Muhammad Syukur dan Nur Atika! Anak pertama Muhammad Shah Rayaan dilahirkan pada 11 Jun 2021, sama tarikh lahir dengan bapanya. Anak kedua, Muhammad Zayyan dilahirkan hari ini pada 9 Ogos, sama 'tarikh lahir' dengan Singapura!"
Yang seronoknya, kedua ibu bapa bayi Zayyan berserta Dr Jazlan juga siap memakai baju merah di hospital bagi meraikan sambutan berganda hari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.