Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayi ditemui mati di kolong blok HDB Hougang; gadis 18 tahun bantu siasatan polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mayat seorang bayi ditemui pada pagi Rabu (29 Mac) di kolong blok flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Hougang, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SCDF menyatakan, pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan di Blok 166 Hougang Avenue 1 pada sekitar pukul 11.05 pagi Rabu.

"Apabila para pegawai SCDF tiba di tempat kejadian, seorang bayi ditemui di kolong blok itu dan diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF," menurut SCDF.

SCDF turut menghantar seorang individu ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Seorang gadis berusia 18 tahun sedang membantu siasatan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), yang dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa itu pada pukul 11.32 pagi.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan