Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayi 7 bulan, 2 lelaki dibawa ke hospital akibat nahas di PIE

Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dan dua lelaki dibawa ke hospital akibat nahas di Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) pada tengah hari Sabtu (17 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 7 bulan, 2 lelaki dibawa ke hospital akibat nahas di PIE
Diterbitkan : 17 Jul 2021 06:59PM Dikemas Kini : 17 Jul 2021 07:00PM

SINGAPURA: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dan dua lelaki dibawa ke hospital akibat nahas di Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) pada tengah hari Sabtu (17 Jul).

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari di PIE menghala ke Tuas, sebelum susur keluar Bendemeer Road, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Kemalangan itu melibatkan lima kereta dan sebuah lori, menurut polis.

Kedua-dua lelaki itu yang berusia 25 dan 55 tahun dibawa ke Hospital Tan Tock Seng manakala bayi tersebut dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Semuanya dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital masing-masing.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Gambar dan rakaman video kejadian tersebut yang tular online menunjukkan sebuah kereta terbalik di lorong kedua lebuh raya dan sekurang-kurangnya bonet sebuah kereta kemek akibat nahas tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan