Bayi 4 bulan mati ketika tidur bersama ibu, koroner tekankan amalan tidur selamat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bayi berusia empat bulan, yang selalunya ditidurkan di atas katil saiz besar, meninggal dunia akibat asfiksia (tersekat bekalan oksigen) selepas terjatuh ke dalam jurang.
Koroner Negara memutuskan kematian bayi perempuan itu sebagai satu kemalangan dan menekankan perlunya amalan tidur yang selamat, termasuk memastikan bayi tidur bersendirian di dalam katil bayi atau basinet.
Dalam dapatan yang dikeluarkan minggu ini, Koroner Negara Adam Nakhoda berkata beliau sangat menyarankan ibu bapa bayi agar mematuhi amalan tidur yang selamat, yang akan mengurangkan insiden bayi meninggal dunia akibat asfiksia.
Hal tersebut berlaku apabila seseorang tidak boleh bernafas kerana mereka berada dalam kedudukan yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
Mahkamah diberitahu bahawa bayi itu tinggal bersama ibu dan bapanya, datuk dan seorang penyewa. Nama ibu bapa dikeluarkan daripada dokumen mahkamah.
Pada masa kematiannya, bayi itu sedang belajar untuk bertukar-tukar kedudukan antara meniarap dengan telentang, tetapi sebahagian besarnya tidak berjaya. Dia juga tidak bertukar-tukar kedudukan antara meniarap dan telentang atau mengangkat kepalanya secara berterusan, kata ibu bapanya.
CARA BIASA BAYI TIDUR
Bayi itu selalu tidur di atas tilam yang diletakkan atas katil ibu bapanya.
Bahagian kepala dan tepi kiri katil tersebut terletak bersebelahan dengan tembok. Di sudut di mana kedua-dua tembok bersambung, ada jurang yang pada bahagian kiri tembok tersebut.
Jurang tersebut seluas 22 sentimeter dan sedalam 25 sentimeter. Bayi itu tidur di tilam yang berada di sebelah jurang tersebut hingga dia berusia hampir dua bulan sebelum ibunya menukarkan tempat tilam tersebut untuk mengelak bayinya daripada terjatuh ke dalam jurang.
Terdapat juga bantal di lantai jurang itu, yang diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi itu terjatuh.
Pada 19 Disember 2021, ibu bayi itu menghubungi suaminya yang sedang bekerja sekitar pukul 8.00 malam. Panggilan video itu diteruskan hingga awal pagi hari kemudiannya.
Sekitar 2.00 atau 3.00 pagi pada 20 Disember 2021, bapa bayi itu meneliti panggilan video tersebut dan melihat anaknya di atas tilam, dibedung dengan kain putih dan dalam keadaan terlentang.
Beliau tertidur di tempat kerja sekitar pukul 4.00 pagi. Sekitar satu jam kemudian, bayi berkenaan menangis dan membangunkan ibunya yang memberinya susu.
Ibunya kemudian meninggalkan bayi itu dengan botol untuk diminum sendiri dan meneruskan tidurnya.
Apabila ibu bayi itu bangun pada pukul 6.00 pagi, beliau menyedari anaknya tidak lagi berada di atas tilam di katilnya.
IBU DAPATI BAYI TERJATUH DALAM JURANG
Beliau melihat kaki bayinya dari arah jurang tersebut. Apabila beliau menjenguk ke dalam jurang, beliau dapat melihat wajah anaknya menghadap ke atas, dengan kakinya bersandar pada sisi katil.
Wanita itu segera mengangkat bayinya keluar, tetapi bayi itu tidak memberi sebarang respons dan matanya tertutup. Wanita itu menjerit meminta tolong dan mula menangis, dan penyewanya masuk dan melihat bahawa bayi itu tidak bergerak.
Bayi itu dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan. Dia diistiyharkan meninggal dunia pada pagi yang sama.
Bedah siasat mendapati punca kematian adalah asfiksia dan bukan disebabkan proses penyakit semula jadi.
Laporan oleh ahli patologi forensik mengenai kes itu menyatakan bahawa terdapat risiko lebih tinggi tindanan dengan tidur bersama - apabila ibu bapa yang sedang tidur memiringkan badan dan tertindih di atas bayi. Terdapat juga risiko lemas akibat bantal dan selimut yang hanya untuk kegunaan orang dewasa.
PAKAR TIDUR DENGAN SELAMAT
Atas permintaan mahkamah, Dr Nirmal Kavalloor Visruthan, perunding kanan neonatologi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, memberikan laporan pakar mengenai cara tidur yang betul untuk bayi.
Dr Nirmal berkata bahawa bayi yang biasa tidur telentang pada waktu malam tetapi kemudian diletakkan dalam posisi meniarap untuk tidur siang mempunyai risiko yang lebih besar mengalami Sindrom Kematian Mengejut Bayi.
TIDAK PATUT DIBENDUNG JIKA SEDANG BELAJAR TUKAR POSISI
Beliau berkata American Academy of Paediatrics mengesyorkan supaya bayi tidak dibedung sebaik sahaja mereka belajar menukar posisi antara meniarap dengan telentang. Ini kerana ia akan menjadi lebih sukar bagi bayi untuk bertukar kedudukan jika dibedung.
Membiarkan bayi tidur di atas tilam dewasa yang bersebelahan dengan tembok adalah berbahaya, kata Dr Nirmal. Jika bayi mengiring ke arah tembok semasa tidur, hidung dan mulutnya boleh terhimpit pada dinding dan tilam.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.