Skip to main content

Singapura

Bayaran tambahan 70 sen dikenakan bagi teksi ComfortDelGro yang ditempah melalui aplikasi CDG Zig

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 1 Julai, para penumpang teksi dan kereta sewa privet akan membayar tambahan S$0.70 bagi perjalanan yang ditempah menerusi aplikasi CDG Zig, ComfortDelGro.

Tambang baru bagi platform tersebut akan diperkenalkan agar pengendali teksi terbesar Singapura itu mampu untuk "terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka" bagi para penumpang.

Demikian menurut ComfortDelGro dalam satu kenyataan Facebook pada Isnin (19 Jun).

Yuran tersebut akan juga tertakluk kepada pemindahan teksi limusin menerusi aplikasi tersebut.

"Kami sudah mempertingkatkan aplikasi CDG Zig kami secara berkala dengan lebih banyak khidmat seperti tawaran peniaga, tempahan restoran dan bawa pulang makanan, tempat mengecas kenderaan elektrik dan juga, penyewaan bas privet," tambah ComfortDelGro.

Pengenalan tambang platform tersebut sejajar dengan bayaran yang dikenakan oleh platform pengendali sewa kerera yang lain di Singapura.

Malah, Grab baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menaikkan tambang platform tempahan kereta sewa privet dari S$0.30 kepada S$0.70 mulai 5 Mei.

Grab menyatakan bahawa kenaikan tersebut boleh menyokong dalam pembangunan penambahbaikan aplikasi yang berterusan seperti ciri keselamatan serta manfaat berkaitan dengan pemandu.

Gojek juga mengenakan bayaran tambang platform sebanyak S$0.70 bagi setiap perjalanan yang ditempah menerusi aplikasi tersebut.

Satu lagi syarikat pengendali kereta sewa, TADA, mengenakan bayaran S$0.55 sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi tambang di bawah S$18. Bagi tambang melebihi S$18 pula, tambang platform sebanyak S$0.75 dikenakan sebelum GST.

ComfortDelGro menyatakan bahawa maklumat lanjut mengenai tambang platform akan tersedia di laman tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita