Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran premium insurans jagaan kesihatan di S'pura bakal naik hingga 35%

Bayaran premium insurans jagaan kesihatan di Singapura bakal meningkat sehingga 35 peratus sementara had tuntutan tahunan dinaikkan sebanyak S$50,000 kepada $150,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2020 06:06PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 09:02PM

SINGAPURA: Bayaran premium insurans jagaan kesihatan di Singapura bakal meningkat sehingga 35 peratus sementara had tuntutan tahunan dinaikkan sebanyak S$50,000 kepada $150,000.

Demikian antara saranan yang dikemukakan Majlis MediShield Hayat dalam semakan besar-besaran pertama skim tersebut.

Dalam pada itu, pemerintah menyatakan sekitar S$2.2 bilion diperuntukkan sepanjang tiga tahun akan datang untuk membantu rakyat menangani kenaikan premium terutama sekali golongan tua dan penduduk bergaji rendah.

Secara keseluruhan harga premium bakal naik lebih 10 peratus sementara mereka yang berusia 61 tahun dan ke atas akan menyaksikan peningkatan terbesar iaitu sekitar 35 peratus.

Bagi mengurangkan kesan kenaikan itu, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memberi subsidi COVID-19 sekali sahaja yang meliputi 70 peratus daripada penambahan bersih kos pada tahun pertama dan 30 peratus pada tahun kedua.

Bagi rakyat Singapura, ini bermakna kenaikan premium sehingga sekitar 10 peratus pada tahun pertama.

Dengan premium lebih tinggi itu, lebih banyak manfaat disediakan seperti had tuntutan tahunan lebih tinggi sebanyak S$150,000 untuk membantu mereka yang perlu dimasukkan ke hospital buat jangka masa panjang ataupun perlu berkali-kali dirawat di hospital.

Had tuntutan rawatan khusus yang baru juga akan membantu mereka yang memerlukan jagaan tambahan di hospital masyarakat atau khidmat pesakit luar bagi kaedah rawatan radioterapi yang mahal bagi pesakit barah.

Perubahan lain yang bertujuan mengurangkan bil hospital termasuk had tuntutan lebih tinggi bagi dua hari pertama rawatan akut di hospital dan jumlah tanggungan sendiri lebih rendah bagi pembedahan harian buat pesakit berusia 80 tahun ke atas.

Faktor peruntukan bayaran purata bagi hospital privet juga akan dikurangkan kepada 25 peratus bagi memastikan pembayaran lebih adil antara pesakit bersubsidi dengan privet.

Majlis MediShield Hayat akan mengadakan rundingan awam mengenai perubahan yang disarankan mulai 29 Sep hingga 20 Okt. 

Sumber : CNA/RU/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan