Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran ERP di AYE, CTE naik S$1 mulai 14 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan naik S$1.00 di gantri-gantri tertentu di Lebuh Raya Ayer Rajah (AYE) dan Lebuh Raya Central (CTE) mulai Isnin (14 Feb). 

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (10 Feb). 

Kadar ERP bagi tiga gantri di AYE selepas Jurong Town Hall menghala ke kawasan Bandar akan dinaikkan kepada S$1 antara pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi, manakala antara pukul 8.30 pagi dengan 9.00 pagi, kadar tersebut akan naik kepada S$2. 

Bagi gantri di AYE selepas North Buona Vista menghala ke Tuas, kadar ERP pula akan naik kepada S$1 antara pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam. 

Kadar ERP bagi empat gantri di CTE selepas Braddell Road menghala ke arah utara dan juga susur keluar Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) menghala ke arah seletan CTE, akan naik kepada S$2 antara pukul 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. 

Bagi dua gantri di CTE menghala ke arah utara CTE selepas PIE, kadarnya akan ditetapkan pada S$2 antara pukul 5.30 petang hingga 6.00 petang, S$3 antara pukul 6.30 petang hingga 7.00 malam, dan S$1 pada pukul 7.00 malam hingga 7.30 malam. 

Kenaikan itu diharap dapat menangani kesesakan di kawasan-kawasan tersebut, menurut LTA, sambil menarik perhatian bahawa laluan trafik semakin sesak di laluan-laluan tertentu AYE dan CTE memandangkan lebih ramai orang kembali ke tempat kerja sejak sekatan-sekatan tempat kerja akibat COVID-19 dilonggarkan pada 1 Januari. 

"Berdasarkan pemantauan keadaan trafik LTA pada Januari 2022, kelajuan trafik kekal optimal di jalan raya utama, termasuk jalan-jalan raya di kawasan daerah pusat bandar (CBD)," menurut agensi tersebut. 

"Bayaran ERP akan kekal pada S$0 di lokasi-lokasi tersebut sehingga semakan seterusnya," tambah LTA. 

Agensi tersebut juga menyatakan bahawa menyusuli perubahan-perubahan tersebut, bayaran ERP tidak akan dikenakan di kebanyakan gantri, dengan bayaran dikenakan hanya di tujuh tempat, berbanding dengan 29 sebelum pandemik COVID-19. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan