Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran ERP akan dinaikkan di 6 gantri CTE semasa waktu sibuk

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di enam gantri di CTE akan dinaikkan S$1 pada minggu depan untuk mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu sibuk, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayaran ERP akan dinaikkan di 6 gantri CTE semasa waktu sibuk

Gantri ERP di CTE. (Gambar: Google Maps Street View)

Diterbitkan : 09 Oct 2020 10:08PM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 10:15PM

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di enam gantri di CTE akan dinaikkan S$1 pada minggu depan untuk mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu sibuk, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (9 Okt).

Bayaran ERP akan diperkenalkan semula di empat gantri di CTE yang menghala ke bahagian selatan selepas Braddell Road dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang menuju ke selatan CTE.

Bayaran ERP juga akan dinaikkan S$1 di dua gantri CTE yang menghala ke utara selepas PIE.

Kadar baru itu akan dikuatkuasakan pada tempoh tertentu mulai Isnin:

Bayaran ERP digantung pada 6 Apr berdasarkan laluan trafik yang diramal akan berkurangan dengan ketara semasa tempoh "circuit breaker" atau pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

LTA memperkenalkan semula bayaran ERP di sesetengah gantri di CTE pada Julai dan Ogos selepas tempoh pemutus jangkitan berakhir.

Semasa tempoh pemutus jangkitan, para pekerja digalakkan bekerja dari rumah untuk membendung penularan virus korona itu.

Pada Jumaat, LTA menyatakan bahawa keadaan trafik pada September menunjukkan bahawa kelajuan trafik sudah "kekal optimal di jalan raya utama dan kebanyakan ekspreswe, kecuali tempoh tertentu di CTE".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan