Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bawa token, aplikasi TraceTogether untuk solat Jumaat; Aidilfitri di 50 masjid

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Solat Jumaat di Masjid Darul Ghufran hari ini (29 Apr) berjalan lancar meskipun Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) masih dilaksanakan.

Masjid itu yang boleh menampung sehingga 2,500 jemaah untuk solat Jumaat itu merupakan salah satu daripada 50 masjid merata negara yang masih menguatkuasakan VDS.

Di bawah garis panduan terkini MUIS, VDS masih dilaksanakan untuk solat berjemaah di masjid yang mempunyai lebih 500 jemaah pada satu-satu masa.

Gambar: Syawal Yusoff

Ini termasuk solat Jumaat, solat Isyak dan Tarawih dan solat Aidilfitri tetapi solat fardu yang lain dikecualikan.

Peraturan itu dimansuhkan di 16 masjid sejak Selasa lalu.

Gambar: Syawal Yusoff

Apabila BERITAMediacorp ke Masjid Darul Ghufran proses masuk ke dalam masjid lancar kerana lebih ramai relawan ditugaskan untuk membantu jemaah.

Ustaz Fakhrudin. (Gambar: Syawal Yusoff)

"Ada jemaah bila sudah sampai di pintu itu, mereka tanya pada kita “Oh kena 'check-in' pula,” tiba-tiba datang beritahu “solat fardhu tidak dikenakan”. Daripada situ juga kita memberitahu mereka bahawa solat fardhu itu tidak melebihi 500 jadi tidak perlu untuk 'check-in' tetapi ia perlu dilakukan untuk sSolat tarawih," kongsi Ustaz Fakhrudin Amin, Naib Ketua, Unit Pembangunan Belia dan Keluarga, Masjid Darul Ghufran.

Beberapa para jemaah yang ditemui akur peraturan itu masih perlu dilaksanakan.

"Kami sudah terbiasa dan sudah faham yang sebenarnya kalau acara lebih daripada 500 orang, kita masih kena mengimbas kod. Jadi kami sudah bersedia untuk semua ini. Keliru mungkin ada tapi tidak banyak kerana adanya sukarelawan, Nampak mereka bimbing jemaah dengan tertib," kata Encik Ismail Abdullah Tan.

Seorang lagi jemaah, Encik Yusfariz pula berpendapat: "Pihak dan pegawai masjid harus mengambil langkah sebaik-baiknya untuk memastikan jemaah-jemaah yang menunaikan solat Jumaat masuk ke ruang masjid dengan sebaik-baiknya tanpa ada kekeliruan."

Gambar: Syawal Yusoff

3,500 RUANG; KHUTBAH INGGERIS UNTUK SESI KETIGA SOLAT AIDILFITRI

Bagi membantu melancarkan lagi proses kemasukan untuk solat Aidilfitri nanti, pihak masjid itu akan mengerahkan sehingga 100 relawan dan kakitangan untuk membantu jemaah.

Ia akan menawarkan tiga sesi solat Aidilfitri dengan lebih 7,000 jemaah.

BERITAmediacorp difahamkan, kesemua tempahan untuk sesi pertama dan kedua solat Aidilfitri di masjid itu sudah habis ditempah apabila slot tempahan dibuka pada Khamis (28 Apr).

Jemaah tidak perlu menempah slot untuk sesi ketiga.

Ustaz Jamaluddin. (Gambar: Syawal Yusoff)

"Ini juga kali pertama di samping kita membuka ruang yang besar dan tiga sesi dan kali pertama. InsyaAllah kita adakan di sesi ketiga itu khutbah dan penyampaiannya di dalam Bahasa inggeris. Jadi kepada pekerja-pekerja asing, mungkin juga penduduk tempatan kita yang lebih kepada Bahasa Inggeris, kita pelawa mereka" kata Imam Eksekutif, Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab.

Selain token dan aplikasi TraceTogether, pihak masjid juga mengingatkan jemaah supaya membawa sejadah mereka sendiri untuk solat Aidilfitri.

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan