Bawa 2 anak kecil ke pasar raya untuk curi tin susu, ibu muda didenda S$3,500
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail
SINGAPURA: Seorang wanita yang membawa dua anak kecilnya ke pasar raya untuk mencuri tin susu menggunakan kereta sorong bayi, didenda S$3,500 pada Khamis (13 Jun).
Lorraine Chan Chu Yi, seorang warga Singapura berusia 26 tahun, mengaku bersalah ke atas dua tuduhan mencuri, dengan tuduhan ketiga diambil kira dalam menentukan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Chan membawa dua orang anaknya yang berusia dua dan tiga tahun ke pasar raya Sheng Siong di Bukit Batok pada 4 Jun tahun lalu.
Dia menyembunyikan dua tin susu Enfamil bernilai S$270.70 ke dalam kereta sorong lalu meninggalkan kedai itu tanpa membuat bayaran.
Tiga hari kemudian, Chan ke pasar raya Giant di IMM bersama suaminya, Lim Soon Leong, seorang rakyat Singapura berusia 26 tahun, dengan niat mencuri lebih banyak tin susu.
Pasangan itu mengambil tiga kotak di pasar raya berkenaan lalu mengisikannya dengan 12 tin susu jenama Enfamil.
Jumlah keseluruhan tin susu yang dicuri berharga S$1,565.40.
Perbuatan mereka terbongkar apabila kedai itu melakukan pemeriksaan stok dan aduan polis dibuat.
Kesemua tin susu itu tidak berjaya diperolehi kembali.
Chan pula membuat bayaran balik sepenuhnya.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.