Skip to main content

Singapura

Baucar SingapoRediscovers: Tebus online mulai 1 Dis, bantuan di 69 tempat merata negeri

Mulai Selasa ini (1 Dis), rakyat Singapura boleh menebus baucar SingapoRediscovers mereka secara online.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Nov 2020 07:24PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 11:19PM

SINGAPURA: Mulai Selasa ini (1 Dis), rakyat Singapura boleh menebus baucar SingapoRediscovers mereka secara online.

Ia adalah skim baucar kebangsaan digital yang pertama dilaksanakan oleh Pemerintah.

Mereka yang masalah menguruskannya secara online boleh mendapatkan bantuan.

Baucar bernilai S$100 itu boleh digunakan untuk lebih 200 aktiviti sebagai usaha membantu sektor pelancongan.

Orang ramai boleh menebus secara online mulai 1 Disember dalam jumlah berkali S$10 untuk potongan harga tiket dan pakej untuk tempat tarikan tempatan secara separuh atau sepenuhnya.

Dengan menggunakan baucar tersebut, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berharap rakyat Singapura akan menyokong lebih banyak perniagaan seberapa boleh.

Bagaimanapun baucar tidak boleh dikumpul atau digabungkan oleh pengguna berbeza untuk membeli produk yang sama sebagai mencegah penipuan dan pemalsuan.

Anda perlu pastikan akaun SingPass anda masih aktif untuk menebus baucar tersebut.

Rakyat Singapura digalak membantu ahli keluarga atau teman yang layak menerima baucar namun kurang mahir dalam penggunaan wadah digital untuk mendaftar bagi mempunyai akaun SingPass supaya dapat memperolehi Baucar SingapoRediscovers.

Bantuan disediakan di 69 pusat fizikal di serata Singapura, termasuk di 53 pusat masyarakat (CC), pusat beli-belah dan cawangan SingPost.

Di Tiong Bahru CC misalnya, di warga emas diajar bagaimana untuk mendapatkan baucar mereka.

Baucar-baucar SingapoRediscovers sah diguna pakai sehingga akhir bulan Jun 2021. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita