Baucar 'Kaki Bukit Prihatin' dilancarkan, bantu keluarga berpendapatan rendah
SINGAPURA: Para penduduk Kaki Bukit yang bergaji rendah boleh menerima baucar 'Kaki Bukit Prihatin' bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
SINGAPURA: Para penduduk Kaki Bukit yang bergaji rendah boleh mendapatkan bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Inisiatif Baucar 'Kaki Bukit Cares' atau 'Kaki Bukit Prihatin' dilancarkan pagi Ahad (8 Jul) dengan tujuan meringankan sedikit beban bagi mereka yang memerlukan.
Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengunjungi kawasan itu bagi melancarkan inisiatif tersebut selain beramah mesra dengan para penduduk.
Baucar yang diagih-agihkan di Kaki Bukit oleh Persatuan Rakyat (PA) itu boleh digunakan untuk membayar sebahagian daripada perbelanjaan harian penduduk di kedai kopi, kedai runcit dan pasar raya.
Rakyat tempatan yang tinggal di Blok 501 hingga 557, Bedok North yang meraih gaji bulanan $3,000 atau kurang boleh memohon bagi program ini.
Jika berjaya, mereka akan menerima $150 sebulan untuk tiga bulan akan datang.
Wang bagi dana itu sebahagian besarnya dikumpulkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Akar Umbi Kaki Bukit.
Antara yang meraih manfaatnya ialah Cik Nuratiqah sekeluarga yang menerima baucar serta hamper makanan semasa lawatan Encik Heng tadi.
Menurut Penasihat Persatuan Akar Umbi GRC Aljunied, Encik Shamsul Kamar, inisiatif tersebut melibatkan beberapa pihak berkepentingan kerana ia akan memberi para penduduk lebih pilihan untuk membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan dan pada masa yang sama, menyokong perusahaan tempatan.
Sekitar 42% penduduk di Kaki Bukit berusia lebih 50 tahun.
Baucar itu boleh digunakan selama enam bulan daripada tarikh ia dikeluarkan.
Dianggarkan sekitar 200 keluarga akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.