Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Baucar CDC kini boleh digunakan di Giant, pasar raya Ang Mo

Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) kini boleh digunakan di Giant dan pasar raya Ang Mo, sekali gus meningkatkan jumlah rangkaian pasar raya yang menerima baucar itu kepada tujuh kesemuanya. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) kini boleh digunakan di Giant dan pasar raya Ang Mo, sekali gus meningkatkan jumlah rangkaian pasar raya yang menerima baucar itu kepada tujuh kesemuanya. 

Apabila agihan Baucar CDC terkini dilancarkan pada 3 Januari, turut diumumkan bahawa ia akan diterima di cawangan-cawangan NTUC FairPrice, Sheng Siong, Prime Supermarket, HAO Mart dan U Stars Supermarket.

"Kini tujuh rangkaian pasar raya itu menawarkan lebih 360 cawangan di merata Singapura untuk setiap keluarga berbelanja menggunakan Baucar CDC mereka," kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling dalam catatan Facebook pada Rabu (1 Feb).

"Ini selain daripada lebih 20,600 pusat penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian dalam skim ini."

Baucar CDC bagaimanapun tidak boleh digunakan di kaunter layan diri pasar raya Giant, menurut rangkaian pasar raya itu dalam catatan Facebooknya.

Lebih 1.1 juta keluarga Singapura atau sekitar 90 peratus telah menebus baucar tersebut sejak ia dilancarkan, kata Cik Low.

Dalam masa kurang sebulan, lebih S$132 juta baucar telah ditebus dan digunakan.

"Berbanding dengan agihan baucar pada 2021 dan 2022, lagi 15 peratus keluarga Singapura  menebus baucar mereka dalam tempoh 30 hari pertama sejak skim itu dilancarkan," kata Cik Low.

"Kami berbesar hati dengan penebusan dan perbelanjaan lebih cepat kali ini kerana kuantum baucar CDC yang lebih tinggi dapat terus merancakkan aktiviti dan perniagaan di kawasan-kawasan kejiranan dan juga meringankan beban perbelanjaan bagi barangan rumah rakyat Singapura."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan