Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Baucar CDC akan galakkan lebih ramai orang berbelanja di estet kejiranan

Sebilangan perniagaan di estet kejiranan mengalu-alukan langkah pemerintah memberi baucar CDC kepada lebih ramai rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2021 07:52PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 09:59PM

SINGAPURA: Sebilangan perniagaan di estet kejiranan mengalu-alukan langkah pemerintah memberi baucar CDC kepada lebih ramai rakyat Singapura.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan dalam Belanjawan Negara pada Selasa (16 Jan) bahawa 1.3 juta isi rumah akan menerima baucar bernilai S$100 yang boleh mereka gunakan di kedai-kedai kejiranan yang menyertai serta pusat-pusat penjaja makanan.

Pasaraya U Stars di Tampines sudah menerima bayaran menggunakan baucar CDC sejak tahun lalu.

Selain barang dapur, baucar itu juga boleh digunakan untuk membeli makanan di kedai kopi.

Beberapa penjaja yang ditemui bagaimanapun berharap lebih banyak penerangan dapat diberikan tentang penggunaan baucar tersebut.

"Tujuan kami ialah bagaimana kita boleh membantu kedai-kedai kejiranan dan di estet-estet perumahan.

"Itu satu, dan kedua, kami akur bahawa kawasan yang berbeza mempunyai jenis perniagaan yang berbeza. Oleh itu kami tidak mahu sesuatu yang pukul rata," kata Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah.

Cik Indranee menambah dengan melakukannya menerusi CDC, skim tersebut dapat lebih memenuhi keperluan penduduk di kawasan-kawasan berbeza.

Skim Baucar CDC dilancarkan pada Jun tahun lalu untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.

Bagaimanapun ia diluaskan tahun ini kepada semua keluarga sebagai ucapan terima kasih kerana bekerjasama dalam usaha mengawal penularan COVID-19.

Ia diharap dapat merancakkan perniagaan kedai-kedai dan penjaja di estet-estet perumahan.

Ini memandangkan para peniaga itu telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat, sekali gus menyumbang kepada semangat perpaduan dalam usaha menentang COVID-19.

Persekutuan Persatuan-persatuan Peniaga memberitahu Mediacorp bahawa baucar tersebut akan menggalak lebih banyak perbelanjaan di estet-estet perumahan.

Tambahan S$150 juta diperuntukan bagi memberi baucar-baucar itu.  

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan