Skip to main content

Singapura

Bau terbakar di timur laut S'pura 'mungkin' disebabkan kebakaran tapak lupus sampah Johor: NEA

Bau terbakar kuat yang dikesan di bahagian timur laut Singapura sepanjang dua hari lalu kemungkinan besar berpunca daripada kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah di Johor, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bau terbakar di timur laut S'pura 'mungkin' disebabkan kebakaran tapak lupus sampah Johor: NEA

Encik Foo, seorang penduduk Punggol, melaporkan mengalami bau terbakar di Punggol. (Gambar: Encik Foo)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 03:24PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 03:30PM

SINGAPURA: Bau terbakar kuat yang dikesan di bahagian timur laut Singapura sepanjang dua hari lalu kemungkinan besar berpunca daripada kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah di Johor, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (16 Feb). Ia merupakan insiden kedua seumpamanya yang dilaporkan berlaku dalam tempoh dua minggu.

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, NEA menyatakan ia menerima sembilan aduan berhubung bau asap kebakaran antara petang 15 Februari hingga pukul 11.00 malam semalam (16 Feb).

"Lapan daripada sembilan aduan diterima selepas pukul 6.00 petang pada 16 Februari. Dalam insiden di mana warga Singapura masih mengalami bau asap kebakaran pada 8 Februari, NEA menerima 31 aduan," menurut agensi itu.

Pada 8 dan 9 Februari, satu kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah di Bandar Tenggara, Johor mencetuskan bau asap kebakaran yang kuat di bahagian timur Singapura.

NEA menambah bahawa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan bahawa tiada sebarang kebakaran besar berlaku di bahagian timur laut Singapura.

Menurut NEA, Jabatan Sekitaran (DOE) Johor mengeluarkan satu kemaskini bahawa meskipun kebakaran di Bandar Tenggara, yang terletak di bahagian tenggara Johor, berjaya dipadamkan, namun terdapat satu lagi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Tanjong Langsat di Pasir Gudang.

NEA menyatakan bahawa setakat 11.00 malam Sabtu (16 Feb), bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) di bahagian Utara, Timur dan Tengah negara ini adalah antara 42 dengan 48, iaitu pada paras 'Baik' manakala bacaan PM2.5 sejam di kawasan tersebut adalah antara 6 dengan 12µg/m3 (Band I), iaitu pada paras 'Normal'.

Pada Sabtu (16 Feb), seorang pembaca melaporkan mengalami bau terbakar di Punggol.

Beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Foo, juga berkata ternampak kepulan asap dari bahagian timur laut Punggol. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita