Skip to main content

Singapura

Bau terbakar di S'pura mungkin berkurangan 1-2 minggu mendatang

Bau terbakar yang dikesan di merata Singapura dijangka tidak berlaku dengan begitu kerap dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (28 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Bau terbakar di S'pura mungkin berkurangan 1-2 minggu mendatang

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 12:07AM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 12:08AM

SINGAPURA: Bau terbakar yang dikesan di merata Singapura dijangka tidak berlaku dengan begitu kerap dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (28 Mac).

Menurut NEA dalam kenyataan di lamannya, ia terus menerima maklum balas daripada orang awam mengenai bau terbakar. NEA menyatakan, ia disebabkan oleh asap kebakaran dari tompok-tompok panas yang dikesan di Johor, yang berdepan dengan cuaca panas dan kering.

"Asap itu menyebabkan bau terbakar di kebanyakan kawasan di negara ini sejak beberapa minggu lalu," menurut agensi tersebut.

NEA menyatakan musim peralihan monsun dijangka bermula sekitar awal April, dengan lebih banyak cuaca hujan diramalkan di wilayah itu.

"Ini akan membantu mengurangkan kejadian bau terbakar dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang," menurut NEA.

Sehingga pukul 11.00 malam pada Rabu (27 Mac), bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) di Singapura kekal antara 52 hingga 67 iaitu pada paras sederhana.

Sementara itu, bacaan PM2.5 bagi tempoh sejam adalah antara satu hingga 53µg/m3, iaitu pada Band I (Normal).

Berdasarkan mutu udara pada masa ini, NEA menyatakan orang awam boleh terus melakukan kegiatan biasa.

"Kami sedang memantau dengan teliti mutu udara dan akan terus memberikan perkembangan terkini mengenai sebarang perubatan ketara pada keadaan mutu udara," menurutnya lagi.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita